YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

20 November 2016

3D2N BJ65's SABAH TRIP (PART 2 - DAY1: TUN MUSTAPHA TOWER)


Lepas kami selesai solat di Masjid Bandaraya, kami dibawa ke Tun Mustapha Tower.

Menara ini merupakan pejabat persekutuan negeri Sabah. Uniknya binaan ini, ia berbentuk bulat dan siapa kerja kat sini sangat untung kerana boleh nampak pemandangan laut setiap hari! 

Seronok kan?

Bayangkan angin laut setiap hari yang kuat itu masih boleh membuatkan menara tersebut berdiri tegak. Tapi tu semua ilham yang Allah beri pada arkitek untuk bina sedemikian.

Bangunan sebelah tu ialah Yayasan Sabah. Masih lagi dalam pembinaan tapi hampir siap bhaa.. Dalam 90-95% siap (huhu suka hati je letak % tu kan..)


Sebelum trip kami sampai, bas trip dari China ada jugak datang. Bersungguh la mereka tangkap gambar.. Macam kami jugak :p

Dekat sini ada dataran yang boleh pelancong tangkap gambar berlatar belakang Menara Tun Mustapha ni. Dekat dataran ni juga ada beberapa replika orang utan yang boleh kita masuk kepala kat situ.. 

Haha, macam mana tu?

Sat gambar sat..

.

.



Orang utan pakai spec mata hitam.. Kahkahkah

Disebabkan cuaca panas terik kat sini, so kami singgah sekejap je sebab nak sambung jalan pergi ke Kundasang pulak. Yipppeee!!


15 November 2016

3D2N BJ65's SABAH TRIP (PART 2 - DAY1: DI BANDAR KOTA KINABALU)

Assalamualaikun.

Yeah jumpa lagi untuk part kedua!

So, flight kami AK5108 - KUL-BKI depart pukul 7.50am.

Kami gerak dari rumah pukul 5am. Haha apa sahaja untuk flight murah so kena lah bangun awal.. Sampai KLIA2 pukul 5.45am, masuk terus drop baggage kat kaunter and check in kat Imigresen.

Untuk lebih secure, kami solat di departure hall. Kebetulan masa tu gate tak jauh sangat. J5. Surau kat depan J1.

So, ada masa lagi nak tunggu boarding dan mama nak minum coffee. Kami pun singgah Dunkin Donut for coffee.. Haha belum apa lagi da spend duit for food kat sini.


So, ready to depart, baca doa naik kenderaan dan musafir. Moga Allah redha dengan perjalanan kami sekeluarga ini.

Adik, Mama and me! :)

Lepas tu cik mek tudung hijau tu mintak tukar tempat nak duduk tepi tingkap.. Sibuk je... :>


We sat in one row; seat 16A-16F

Perjalanan dari KUL ke BKI ambil masa 2 jam 40 minit. Da lama sebenarnya tak naik flight jalan jauh2 ni. Masa tu rasa da tak selesa da. Dah tidur pun, tak sampai-sampai lagi.. Haha mama kata, mcm mana nak pergi tempat jauh ni.. >.<

Alhamdulillah kami selamat sampai di KKIA jam 10.30am. Bila pilot cakap sudah flight sudah mendarat di KKIA, teruslah penumpang-penumpang semua on handphone. Dapat notification our driver aka Encik Ali ada call masa dalam flight tadi.. Dan dia call sekali lagi cakap da sampai. Efisiennya!! Tak payah guest nak tunggu lama..


Inilah kenderaan kami selama 3 hari di Sabah - Nissan Urvan. Boleh muat dalam 7 orang. Kebanyakan van persiaran @ pelancongan akan guna van ni atau Toyota Hiace tu. 

So, destinasi pertama dituju ialah tempat makan tengahari - Restoran Sempelang di bandar Kota Kinabalu. Tapi slack nya restoran ni ada GST. Haha terus rasa mcm mahal je makan kat restoran ni..



Lepas tu, masa sudah waktu zuhur bha.. pukul 12.10 tengahari macam tu. Encik Ali bawa kami ke Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu atau dikenali juga sebagai Masjid Terapung.

Driver asyik cakap je, masjid terapung di Kuala Terengganu lagi cantik bhaa..


Subhanallah cuba tengok awan di atas sana! Cantik kan?

Masjid ni dibuka untuk pelancong juga. Jika ada pelancong bukan Islam nak masuk melawat masjid ini, baju khas @ jubah akan diberikan untuk dipakai. Macam dekat Masjid Putrajaya tu..

3D2N BJ65's SABAH TRIP (PART 1 - OUR TRAVEL AGENT)



Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah setelah 9 bulan beli tiket AirAsia nak pergi Sabah, akhirnya 12-14 November 2016 berjaya juga kami sekeluarga terbang ke sana!!

Betapa 'perit'nya asyik countdown bila nak pergi ni.. Tak sabar.. >.<

Trip family kali ni lebih kepada appreciation semua selepas kakakku kahwin awal bulan 5 hari tu dan adik habis exam PT3 beliau.

Then, I was assigned to cari tiket, pakej semua. We decide to choose for package sebab ni family trip so lebih nak kepada relax dan tak perlu nak backpackers sangat. Haha kalau dengan kawan-kawan takpela nak style macam tu.. 

So, lepas survey punya survey kat FB, dapatkan quotation dari travel agent semua. Then, terilhamlah nak ambil pakej oleh Kinabalu Borneo Trip  (tekan untuk link FB page tersebut). Boleh terus PM dan nanti dia akan hantar quotation ke emel.

Why I go for this?

1. Harga sangat affordable dan flexible berbanding pakej2 lain yang I survey tu! 
2. Lebih meyakinkan sebab ada banyak review bileh baca kat FB dia (yang ni amatlah penting untuk meyakinkan pelanggan!)

Teringat pulak, gap between beli tiket di AA dan quotation tu dalam 5 bulan. Bulan 7 baru sibuk dok cari agent. Haha kelam kabut nak cari. Naseb baik ada agent yang masih terima lagi.. Sebab masa ni peak season, cuti sekolah baru mula.

Basically, harga pakej ni lagi murah kalau lagi ramai yang join. So, kalau pergi in a group 4 person and above da boleh dapat harga group.

So, ni total untuk trip kali ni..

pakej 6 orang, 3D 2N KK-KUNDASNG-KK --> RM450/pax (inc fully transport for 3 days, driver, accomodation and all entrance fees. exclude flight and meals)

Harga tiket AirAsia return fare --> RM330/pax

Total RM780/pax *harga mungkin berubah lepas ni mengikut kadar semasa*

Korang mungkin kata tiket tu mahal kan? First, sebab tarikh tiket tu waktu start cuti sekolah so a bit pricey. Second, tiket ni include baggage and pre-ordered meal.

Ok nanti kita sambung part 2 pulak untuk jalan2! 

P/s: lupa pulak nak bagi intro, BJ65 tu is stand for my whatsapp group family, Baiti Jannati 65 :)