YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

15 September 2010

Enam, Six ,ستة (sittah), หก (H̄k)

" Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup." (Riwayat Muslim)


" Berpuasa sebulan (pada Ramadhan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa 6 hari selepasnya (dalam bulan Syawal disamakan) dengan 2 bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun." (Riwayat ad-Darini)

** 10 bulan (Puasa Ramadhan) + 2 bulan (Puasa 6) = 12 bulan **
Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadhan kita. Kemungkinan kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya.

Amalan sunat juga menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Walaupun begitu, dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kitaingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.


Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin menjelaskan mengenai tatacara berpuasa :

" Jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara"

Ibadah puasa mengandungi beberapa manfaat yang besar:
1. Perisai kepada kekuatan rohani (eg: sombong, riak, memfitnah etc)

2. Dapat merawat pelbagai penyakit rohani (e.g: muhasabah diri, sabar, qanaah, tawaduk etc)

P/s: 1. ingat nak start puasa 6 bila balik rumah nanti. still kat kg Pasir Mas..
2. Post kali ini aku telah ringkaskan hasil pembacaan di Berita Harian. hehe
3. Selamat beramal! =)

No comments: