YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

17 June 2010

holiday @ thailand part 2

Salam!

setelah lama menyepikan diri untuk menaip cerita "holiday @ thailand part 2", akhirnya selesai juga hari ni setelah disimpan dalam draf beberapa hari. hehe. ok.

9 Jun 2010


kitorang jalan2 pergi Ayutthaya province dulu atau nama penuh bandar ni "Phra Nakhon Si Ayutthaya". panjang kan? haha. hm. kitorang jalan2 ini atas inisiatif sendiri, tak ada tourist guide. hehe. ayah sudah biasa dengan jalan kat Ayutthaya ini.


Ayutthaya ini lebih kurang macam Melaka la. bandar bersejarah.
Historic City of Ayutthaya. sebabnya kat sini ada kompleks wat. wat2 di Ayutthaya pernah diserang oleh Burma pada abad-18 sebab mereka ini meniru binaan wat yang Burma buat. tapi memang kukuh la sampai sekarang. ok2. jom tengok gambar!

owh ya! masa2 di gambar ini ikut waktu malaysia. so, kalau kat Thai lewat sejam la ya.


thai baht! haha. lawak la cerita duit ni. kitorang adik beradik pening nak bahagi macam mana duit ni ikut portion masing2. ratio 250:200:20. so, total RM 470. bila dapat dalam thai baht 4140B. senang2 je adik aku, nabihah tu suruh bagi 3, so sorang dapat 1380B! adoi. padahal portion dia paling sikit tu..


Futurepark Shopping Mall at Pathum Thani, Rangsit! banyak sangat shopping mall ada kat sini. besar sangat - 215,000 kaki persegi (20,000 m2)! hanya 15minit dari kondo ayah. macam The Curve, Damansara la. lepas tu ada Index Living Mall & Office Depot = Ikea. Robinson = Tesco. best! tapi ni dari luar je. tak berkesempatan nak masuk lagi. nanti holiday @ thailand part 3 aku cerita. sebab aku shopping kat situ. hehe

ni highway. let's go to ayutthaya! keep left.. hehe. owh ya! macam di post "holiday @ thailand part 1" aku kata banyak kereta Honda & Toyota kan? hm. tengok la tu. kereta Toyota banyak sangat. highway ada 4 lane!

okey. ni sudah sampai di Ayutthaya. tengah pusing2. lepas tu ada jumpa 1 kedai tembikar ni. hm. ni kedai tembikar kat tepi jalan. memang setiap kedai tembikar ni akan jual ayam sebesar alam ni! hehe. gajah, katak pun lebih kurang la.. hahaha. seram pun ada kot.

bus! hah. colourful tak? meriah kan? gambar disney siap! kalau ikutkan banyak lagi design2 bas ni. anime la terutamanya- Final Fantasy, Naruto! peh. tapi sakit mata la jugak tengok. bila malam, lampu lip lap lip lap. tak nampak cermin depan! serius. huu~ kalau aku naik ni, macam tengok bawa mafia atau gangster! hehe

Ayutthaya market. hm. memang kene careful la kat market ini. sebabnya banyak anjing. kalau dia tidur pun, kena jalan elok2 la. jangan bagi dia sense dengan gelabah kita tu. anjing kan kuat sense dia. hehe. tapi murah la barang2 kat sini. terutama beg! wah! rasa nak borong~ hehe. sebab hand-made punya bag. ada seorang penjual ni kata bag yang ayutthaya hand-made dlm 100 baht (RM10) je tapi di bangkok dlm 250 baht (RM25).. apa lagi, grab la banyak2 bawa balik malaysia! hehe.

Wat Phra Si Sanphet, Ayutthaya. binaanya masih kukuh. yang binaan tajam belah kanan tu namanye chedis. ada 3 je chedis kat sini. dan ia juga sebagai landmark Historical City Ayutthaya.

hm. kitorang ingatkan boleh masuk. tapi kena bayar. so, baik tak payah kan? hehe. jalan2 dari luar je pun da nampak. hehe. ala2 macam pegang wat ni la. haha! terpengaruh dengan ayah yang pernah tangkap gambar dengan ala2 pegang Taj Mahal. hehe. anyway, nampak macam real tak?

lepas da shopping2, tiba2 kitorang nampak gajah - Elephant Kraal. ingat nak naik, tapi tak ramai orang pula. takut la nanti dia caj mahal lagi2 kitorang xboleh converse dalam bahasa Thai. jadi, ktorang tengok dari dalam kereta je la. lagipun masa ni da petang, gajah2 ini pun nak balik rumah mereka. hehe. melepas semua orang nak naik gajah! haha. termasuk la aku!

ni salah satu tinggalan wat yang ada kat situ. Wat Phra Ram, Ayutthaya. nampak tak condong macam menara Pisa, Itali?


ni tuk2. mat saleh suka la naik benda ini. famous la kat Thailand. tapi kitorang tak naik pun. macam sempit & kecik je. haha

yang ni pula, salah satu univ kat Ayutthaya - Phranakhon Si Ayutthaya Rajabhat University. hah! susah tak nak sebut? hehe. univ2 kat sini bukan macam kat Malaysia. USIM, UKM, UPM senang je nak sebut. hehe.

masa ini, sudah nak petang. ktorang pusing2 ayutthaya sampai malam. then, perut semua orang sudah lapar. apa lagi! carila tempat nak makan. akhirnya kitorang jumpa stall ini.

muslim stalls. ada 3 stall yang halal & muslim-owned. yang lain, ada nampak beer kat signboard dorang. so, sah2 la tak halal kan? hehe. aku tak tau apa nama kawasan ini.

makanan! haha. kelakar sangat masa order. waiter tu bagi menu dalam bahasa thai. lepas tu ayah cakap la, "thai, no." haha. dia ambil pula menu dalam bahasa inggeris. owh! ada rupanya dalam BI! haha. bila ayah cakap nak ikan masak sumtin2, dia xfaham pula. akhirnya, kitorang order by pictures yang ada kat menu tu. haha! kelakar btol. bagi menu dalam english, dia pula tak faham. tak apa. dimaafkan.

dan macam biasa la, thailand kan terkenal dengan TOM YAM nye. wah! menyengat btol tom yam nye. memang licin la aku makan! haha. sebab tu la berat aku sudah naik sikit! ngee~

KUMON THAILAND! dekat kawasan ktorang makan tadi tu, ada KUMON. kagum sekejap! hehe. mestila. KUMON kan worldwide!

ok. masa ni on the way nak balik condo ayah. lalu kat highway. malam2 pun sibuk juga la jalan. then, nampak TESCO LOTUS. banyak je TESCO kat Thailand ni. dan yang menariknya, namanya la. sebab Thai kan terkenal dengan bunga teratai ni.

dan kat sini juga ada banyak outlet kecik yang lebih kurang macam 7E, 24 hour seperti Tesco Express, Jusco Express 24hour. Memang best la kalau tiba2 nak beli barang runcit. sebab kat sini jarang nampak kedai runcit.

ok la. nanti aku sambung lagi part 3! last part at Bangkok
!

09 June 2010

holiday @ thailand part 1

Sawadee ka! Salam! Hi!

Kenapa tiba-tiba keluar bahasa thai ni? Hehe. Just nak ceritakan pengalaman aku bercuti di Thailand selama seminggu ini. Tapi ini baru part 1. Nanti aku sambung lagi eh. hehe. Semua perancangan untuk pergi ke Thai ini tidak dirancang2 pun sebenarnya. 3 minggu sebelum cuti sekolah yang bermula baru-baru ini, tiket MAS Airlines Air Asia ditempah. Flight AK742, 1.40pm dari LCCT. Sebelum berangkat, kami sudah belajar beberapa Thai phrase. phoot Thai mai dai (I can't speak Thai), la gon (goodbye), ne arai (what is this?), kap koon ka (thank you)

Ahad, 6 Jun 2010

Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi dan terus bergerak ke KLIA LCCT. 40minit kemudian kami tiba di LCCT dan terus check-in. Usai 10minit, kami ke money exchange untuk tukar ke RM ke Baht. Kadar mata wang ketika itu, RM1 = 9.86 Baht. Lebih kurang RM1=10 Baht. Selepas selesai segala perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan Malaysia, kami masuk ke Balai Pelepasan Antarabangsa untuk check-in dengan imigresen.

Aku kena lakukan check-in sendiri sebab sudah 19(owh. Masa ini belum lagi birthday aku!) 18 tahun! Hehe. Alhamdulillah, kami bisa loloskan diri daripada imigresen dengan mudah. Of coursela, mana ada aku bawa barangan terlarang. NO LAG (liquid, alcohol, gas) allowed! Kemudian, kami menunggu kira-kira 30min di balai pelepasan sementara krew kabin AK742 menyiapkan segala keperluan yang perlu untuk melancarkan penerbangan kami nanti.

Airbus AK742

Setelah selesai Board Pass Checking, kami berjalan menuju ke cock-pit AK742 (terasa macam dalam cerita Awan Dania la plak!). Lalu terus mencari seat row 9. Kami sekeluarga duduk 1 row. Cuma terpisah dengan aisle je. Seperti biasa menaiki kapal terbang, ketua pramugara akan memberi penerangan tentang safety feature in flight. Tepat jam 1.40pm, Airbus AK742 berlepas dari LCCT. Aku suka part kapal terbang speeding nak terbang naik ke atas tu, hehe. Pegang arm rest kuat2! Haha.

awan yang sangat tinggi! kagum! subhanallah!

Bukhara Briyani Rice- adik aku, nabihah semangat snap pix ni! haha

Dalam kapal terbang, kitorang makan Satay Fried Rice & Bukhara Briyani Rice. Ayah da pre-order siap2 masa tempah tiket hari tu. Hehe. Agak sedap jugak la (kalah nasi goreng yang aku masak masa breakfast kt rumah). Perjalanan KL-Bangkok mengambil masa 2jam 5min. Bila co-pilot kata sudah beribu2 tinggi dari laut, aku mula pening. Mabuk udara jap. Apa lagi, tidur la sekejap. Hehe

Adik sakit telinga! haha. high pressure masa nak landing.

2.28pm masa tempatan (Malaysia 3.28pm), kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (baca silent 'i'). Flight tiba 17minit awal dari yang dijangkakan. Alhamdulillah, sekali lagi kami berjaya loloskan diri dengan mudah ketika check-out oleh Thai Immigration Bureau. Lapangan terbang ini lebih kurang macam KLIA. Sama canggih jugak!

tourist center tengah terangkan interesting places at bangkok. their english slang are quite different

adik nak jelajah bangkok! haha. kat map ni ada thai phrase. kitorang belajar cakap thai sikit2 guna phrase tu. hehe. basic phrase la..

di Rama Highway. macam di msia juga. ada plaza tol. tp tak ada TnG n smart tag la. hehe

Lalu kami pulang ke apartment ayah di Klong Nueng, Rangsit; beberapa km dari Bandar Bangkok (macam dari Bangi-Sg. Besi). Melalui lebuh raya Rama sumtin2, perjalanan mengambil masa sejam lebih. Hihgway lebih kurang macam Msia – ada tol, banyak kereta Honda & Toyota- dan Thai transport mode are commercial truck. Tuk2 tak nampak lagi! Hehe. Owh. Ya! Masa thai dengan Msia sejam lambat, GMT +7. Contohnya, asar di Thai 3.42pm (Msia 4.38pm).

Untuk makan malam pula, kami cari ayam bakar di kawasan perkampungan Islam di sebelah, tapi banyak yang sudah tutup sebab nak dekat maghrib. Banyak kawasan perusahaan sembelih lembu kat sini. Tetapi kami tidak pulang dengan tangan kosong ke apartmen, kami singgah ke 7-Eleven. Macam2 barang ada jual, tapi 1 habuk aku tak faham! Haha. Tulisan Thai mana aku faham. Nak kena check juga halal cop and the ingredients. Lastly shopping kat 7E, 500 Baht! Haha. Macam shopping kat mana je. Tapi meriah la 7E kat sini compare to 7E Msia. Macam2 barang jual.

ni di kawasan perkampungan islam tu. huu. skali tengok macam kat kg aku kat kelantan. hehe. hah. yg bangunan tinggi sblh kanan tu, apartmen ayah. yg belah kiri. belah kanan tu other side.

Balik apartmen, solat & mandi semua then siapkan dinner. Selera semua orang! Kami ada juga bawa makanan kering dari Msia. So, ada juga la selera Msia di Thai! Hehe. Dan waktu malam ramai pula yang hantar mesej. Sorryla aku tak dapat reply sebab 35sen/sms. Nanti balik msia aku reply eh! Hehe.

Isnin, 7 Jun 2010

Kami lepak di rumah je sebab ayah kerja. Nasib baik ada TV satelit macam astro. Tapi ada channel TV 1 & TV 2 je dari Msia. Lain2 cerita Thai, macam biasa aku xfaham! haha

Selasa, 8 Jun 2010

Hari ini birthday aku! dapat banyak wish! haha. dan modem internet baru dapat pasang. best la juga. layan FB jap. banyak plak wish birthday nye. haha. dan hari ini aku x pergi mana2 sebab ayah kerja dan mama kurang sihat. jadi, aku la tukang masak! xpe. birthday aku, berbakti la jawabnye! haha

Rabu, 9 Jun 2010

le tour de bangkok! nanti aku sambung part 2! bye adios! ups. la gon! hehe.