Salam!
Yeah! da lama tak update resipi raya. sebelum ni resipi iftar. hee :)
Ni nak share resipi cookies yang paling marvellous! hewhew. sekali makan, nak 3 4 kali! so addicted! sampai rasa kena sorokkan bekas biskut supaya xdpt makan dah. nak simpan. heh.
believe me that, lepas ni xpayah beli kat Famous Amos dah. sebab 100gm yang RM6.50++ (eh. sebenarnya ingat2 lupa harga dia. sebab sekali dua je pernah beli. tu pun makan dengan penuh kasih sayang! haha) tu rasa mcm sayang sangat nak habiskan! :D
bila da boleh buat sendiri, xpayah pergi kiosk dah, unless mengidam sangat2 la kan? :p
Kiosk Famous Amos |
So, without wasting any time more, lets check it out!
Marvellous Choc Chip Cookies
Bahan-bahan:
* 250g mentega
* ½ sudu kecil esen vanila
* 150g gula kastor
* 1 biji kuning telur
* 280g tepung gandum (2 1/4 cawan)
* 10gm serbuk koko (3 sudu besar)* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung jagung
* Secubit garam
* 1 cawan oat (dikisar halus) - optional
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* 100g coklat cip
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, oat dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. (cara saya: campurkan semua bahan kering ini dan ayak kesemuanya ke dalam mangkuk adunan)

4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan. (oven saya: 130'C 5minit je. saya dah try mcm resipi, tp gelap!)
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

Nota:
1. Kalau kacang dan cip dicampur bersama, sy cadangkan 50gm kekacang dan 50gm cip. kalau x, penuh sangat nanti.
2. Sementara tunggu biskut didalam oven, simpankan adunan didalam fridge untuk elak cair
3. saya guna kacang badam dan panggang dalam oven selama 5 minit untuk dapatkan kerangupan. :)
4. sy bulat2kan adunan sebesar guli dan tekan atas dulang pembakar. so, bila buat kecik2, dapat dalam 175-180cookies. :)
So, inilah hasilnya!
MARvellous Choc Chip Cookies |
No comments:
Post a Comment