Salam.
I think this is my last post about Resipi Raya since I have stop from doing all the kuih today. Hee :D
So, as this is the last, I would like to share 2 recipes altogether!
Popia Gulung-gulung Nestum and Popia Gulung-gulung Bersira Pedas
It's so simple!
naa, Check it out before I rambling.
Popia Gulung-gulung Nestum
Bahan
1 bungkus kulit popia
2 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu besar air (dibancuh sebagai gam untuk lekat bucu nanti)
3 cawan Nestum (dikisar)
1 cawan gula (dikisar)
1 cawan tepung susu (sy x guna)
Cara2:
1. Kulit popia dipotong dua. Gulungkan seperti membentuk 1 batang panjang dan sapukan sedikit bancuhan tepung gandum dihujungnya supaya melekat. Gulung sehingga habis.
2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan. Toskan.
3. Nestum, tepung susu dan gula diletak dalam 1 mangkuk besar dan masukkan popia yang telah digoreng tadi.
4. Gaulkan sehingga semua rata.
5. Siap dan simpan dalam bekas kedap udara.
Okay. Now, let me share you the second recipe. That is...
Popia Gulung-gulung Bersira Pedas
Bahan :
1 bungkus besar kulit popia
2 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu air (dibancuh sebagai gam untuk lekat bucu nanti)
Bahan untuk sambal :
4 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun xpe.
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis/ayam
5 sudu besar gula
Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak (saya xletak)
bijan - goreng sikit tanpa minyak (xletak juga)
Cara membuatnya :
1. Kulit popia dipotong dua. Gulungkan seperti membentuk 1 batang panjang dan sapukan sedikit bancuhan tepung gandum dihujungnya supaya melekat. Gulung sehingga habis.
2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan. Toskan.
3. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
4. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis/ayam, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka.
5. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.
P/s:
1. sy beli 1 paket yang mengandungi 40 keping. So, saya bahagikan kpd 2, 20-20 untuk nestum dan sambal.
2. mama kata, versi nestum untuk budak-budak, versi pedas untuk org tua! haha
3. tips saya, kalau tanak boring gulung2 tu, tontonlah TV. sure x boring ngadap kulit popiah yang putih itu.
4. tips lagi, sebelum gunakan kulit popia, nyah bekukan selam 1/2 jam dan untuk elakkan kulit popia kering, letakkan 1 kain lembap atas kulit popia yang tak digulung itu..
My wish is, Let's hunt for Lailatul Qadr!
No comments:
Post a Comment