Macam ni la.. |
Assalamualaikum semua pembaca!
ye2. akhirnya rajin juga saya untuk menaip di keyboard ini. wuhuu! naa~ semalam Malaysia digemparkan tentang pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai 2013. ape? tak tengok berita semalam? nah. cuba baca INI
jadinya, diriku terpanggil untuk membincangkan isu ini. ya. ini dari sudut pandangan saya sebagai bekas timbalan ketua Biro Disiplin MPP di sekolah pada suatu masa dahulu (cehh. macam da tua sangat!)
saya rasa tak perlu dan tak relevan untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. mengapa? jom kita baca!
1. Mengganggu proses P&P
Jika ia dibenarkan, maka makin 'rajin'lah mereka berSMS, update status Facebook, Twitter, check in 4Square (ye. sy tau, nak kumpul badge kan?) dan sebagainya. Apa yang saya tahu, sebenarnya Kerajaan mempertimbangkan cadangan daripada ibubapa pada sebelum2 ini. Ibubapa telah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah agar memudahkan ibu bapa tahu keadaan anak mereka.
FourSquare badges |
"cik, tolong pesan pada anak sy, (Nama, kelas) yang sy akan ambil beliau pada jam 5pm" (Ini andai kata ada emergency terpaksa ambil lambat dari biasa)
"Adik, nanti ayah/mama ambik lewat sikit sebab ada meeting etc etc.." (Janji dengan anak semasa on the way hantar ke sekolah. Kalau risau jadi ape2, minta la jiran yg ada anak sekolah sekali tolong ambilkan. Sepakat membawa berkat kan?)
2. Spotcheck menjadi kerap
yeah! ini yang sangat membosankan! pada zaman sekolah saya dulu, bila ada barang hilang je ataupun mendapat laporan mengatakan barang hilang, mulalah kami, Badan Disiplin dan MPP dikerahkan untuk melakukan spotcheck. Allah! tahu sajelah keadaan masa itu, semua kelam kabut walaupun cuba untuk (berlagak) macho dan tenang. akhirnya, kami terlepas 1 masa belajar (walaupun ada yang gembira sebab dapat escape kelas yang tak best. ups!)
sebenarnya, kami ini bukanlah suka sangat untuk melakukan spot check. sebabnya? xsuka nak check beg satu2, pergi toilet la, cari barang2 kat best spot yang kawan2 suka sorokkan barang. leceh. penat. kecewa (kalau tak jumpa barang terlarang)
Ha! Kantoi! |
Tiga Tiga Sekupang! |
Kerajaan membenarkan mereka membawa handphone/gajet IT ini dengan alasan untuk melaksanakan pembelajaran maya 1 Bestari. Lantas, untuk membolehkan wifi digunakan. Tetapi kenapa handphone/gajet IT yang diperlukan? Bukankah setiap sekolah sekarang mempunyai makmal komputer? maka laksanakanlah 1 Bestari itu di makmal. Tak perlulah menggalakkan mereka membawa gajet2 ini. Gunakan sepenuhnya fasiliti yang ada. Kerajaan kan sudah memperuntukkan dana untuk makmal komputer ini?
4. Pihak sekolah akan dipersalahkan
Ha! Ini lagi satu masalah. kalau ada kecurian gajet2 tersebut, mulalah ibubapa menyalahkan pihak sekolah. keselamatan tak dipertingkatkan, kenapa x tolong tengok2kan. Allah! Pihak sekolah terutamanya guru2 ada kerja lain. Tugas utama mereka adalah mendidik anak bangsa, bukannya menjaga setiap barang, setiap inci barang itu. Lain lah, kalau mereka pandai menjaga barang sendiri.
5. Asyik nak berkepit
em. percayalah! nanti pergi kantin, tandas, bilik guru bahkan pergi musolla atau surau pun bawa bersama. Nampak sangatlah mereka tak concentrate pada orang sekeliling sebab dengan dunia gajet sahaja! yela, kalau tinggal dalam beg kat kelas, takut hilang, kawan2 curi tengok ke. mula la xsedap hati. macam kita yang dewasa ni, bawa je ke mana2 sebab rasa tak selamat kalau tinggalkan 5 minit je. *hurm..*
6. Beban kepada ibubapa
ha! ini lagi satu isu untuk ibubapa yang kurang berkemampuan. mereka akan terbeban dengan permintaan si anak andai kata tiba2 cikgu2 pun suruh bawa sorang satu. tak ke menyusahkan tu? lain la kalau si ibubapa itu berkemampuan, bawa keluar RM1000++ tu macam bw keluar RM1 je.. =.='' kalau yang sudah sedia ada, mahunya mereka membandingkan jenama dan kehebatan gajet masing2.
"eh, awak punya iPad, sy punya Samsung GTab 7.0 je.. besar pulak skrin tu.."
iPad 3 vs Samsung GTab 7.0 Plus |
7. Gejala mengupload video semakin berleluasa
yup! sekarang ni, apa2 kejadian yang difikirkan 'luar biasa' itu terus dimuat naik ke dalam Youtube atau Facebook lalu digembar-gemburkan. ini yang membimbangkan. ye, memang saya tau kita perlu menyelesaikan perkara itu, tapi haruslah disettlekan secara dalaman, berbincang secara baik. tak perlu membuka aib seseorang itu. *harap faham*
Credit: STOMP
Maka, saya hendak memberi sedikit cadangan. Ye, sy x mahu dilabelkan, hanya menyalahkan orang tetapi tidak memberi solusi. Nah, ini solusi yang sempat saya fikirkan
1. Benarkan telefon bimbit asas je dibawa (mesej dan telefon)
2. Hanya pelajar sekolah menengah atas sahaja dibenarkan (tapi tak efektif. nanti menengah rendah jeles)
3. Sekiranya ada aktiviti kokurikulum sahaja hanya dibenarkan bawa
4. Pihak sekolah perlu menyediakan banyak telefon awam di kawasan sekolah
5. Tablet x perlu pun. Keperluan untuk membawa laptop, mungkin perlu
6. Pelajar perlu dididik untuk bertanggungjawab atas kegunaan dan keselamatan barang masing2
7. Handphone perlu ditutup (turn off and not silent) sebelum pukul 8pagi (waktu sekolah mula) dan dibuka (turn on) apabila waktu sekolah tamat
Rasanya itu sahaja daripada saya. 7 sebab dan 7 solusi. Balance! Imbang!
Tu je, stay tune for next post!
P/s: Ini hanya pendapat dan pandangan saya.
No comments:
Post a Comment