YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

27 July 2012

Tips menggoreng!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, hari ni da genap seminggu kita berpuasa! dan, macam mana entah sy baru ingat hari ini hari ke-6! *gulp!*

Okay, sekarang saya nak share tips menggoreng. Sy ekstrak dari sini, blog Shahriah Abdullah, chef-penulis novel-peserta MasterChef Malaysia Musim 1. Harapnya perkongsian ini berguna untuk semua. Sebab sy pun kadang2 fail jugak menggoreng ni. kadang2 ok, kadang berminyak. Haish. Mcm mana nak jadi isteri ni! *upppss!*
 
Ikan Goreng Tepung
yeah! semalam sy mengidam Ikan Goreng Tepung tu. kenapa? sebab sy mengidam nak makan Nasi Kerabu, tapi x jumpa lg Ramadhan ni. so, goreng ikan pun jadi la kan? heh. ha! ni 1 contoh x baik tau, goreng tu stil ade minyak sikit. xpe. kita belajar sikit2 ye. mana ada semua orang pandai terus! :)

********

Menggoreng apa jua masakan yang menggunakan minyak penuh amatlah mudah, tetapi tidak semudah yang kita sangkakan. Terutama apabila menggoreng jemput-jemput atau pun pelbagai jenis cucur. Bila goreng, garing di luar dan mentah di dalam :D atau pun garing dan tidak mentah, minyak pula berlinang dan lemau dek minyak yang serap dalam hidangan kuih-muih kita itu.
Antara tips yang biasa i lakukan ialah :



  1. Panaskan kuali terlebih dahulu baru di tuangkan minyak secukupnya.
  2. Pastikan minyak benar-benar panas sehingga 360'C atau panas dan berbahang *biasanya boleh di cuba dengan meletakkan tapak tangan 5cm dari paras kuali dan bukan DI CELUP TANGAN TU! naya wehhh :))
  3. Gorengkan apa jua masakan yang ingin anda goreng dan pastikan jangan terlalu penuh atau padat di dalam kuali@minyak, kerana ini akan menyebabkan masakan akan lambat masak, lambat garing, masak tidak sekata dan menyerap minyak. *Masa ini bolehlah turunkan suhu api, sederhana dan bukan kecil ya.
  4. Setelah hidangan siap di goreng sila alaskan dengan tisu dapur bagi menyerap minyak berlebihan. barulah di hidangkan... :)
  5. Sebelum nak menggoreng kali kedua sila pastikan minyak panas seperti keadaan mula-mula tadi. Dan barulah di goreng masakan yang seterusnya.
  6. Lakukan sehingga selesai dan ulang kaedah yang sama seperti di atas tadi :D

No comments: