YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

31 July 2012

[Resipi Iftar] #2 : Nasi Ayam Madu

Assalamualaikum!

Semalam berjaya buat nasi ayam! okay. seriusly, kalah kedai punya! rasanya yang ni la nasi ayam paling sedap pernah makan. hik. bukan angkat bakul sendiri tapi realiti! sampai kan kami menambah la semalam. sahur pagi tadi pun makan nasi ayam. sampai licin la semua, nasi, ayam, kicap, sos cili semua! hihi.

jom check it out!

Bahan2:

(untuk rebusan dan sup)
beberapa ketul ayam
3 biji bawang besar/merah
1 biji kiub ayam
1 1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya (cukup untuk sup dan masak nasi nanti)
secubit garam

(untuk perapan ayam)
ayam -yang direbus tadi
kicap cair secukupnya
sos tiram secukupnya
3 sudu madu - kalau suka manis, lebihkan

(untuk nasi)
3 cawan beras (bergantung pada kuantiti org makan)
2 sudu besar butter
air rebusan ayam tadi - ikut sukatan anda sukat air untuk masak nasi
sehelai daun pandan

(untuk sos cili)
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh gula, garam, cuka
1/2 cawan air panas

(untuk kicap)
3 ulas bawang putih - dimayang
kicap cair
sedikit air rebusan ayam 

(untuk salad)
daun salad
timun
tomato

(untuk hiasan sup)
daun bawang
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam. Potong ikut suka.

2. Tumbuk / kisar bawang merah dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga bawang menjadi perang.

3. Masukkan air, ayam, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun pelaga dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak.

4. Sementara tunggu ayam masak, bersihkan beras. Bila da siap sup tadi, ambil sup tadi dalam beberapa cawan mengikut sukatan air yang dikehendaki. Masukkan butter dan daun pandan.

5. Keluarkan ayam dari periuk dan perap dengan kicap cair, sos tiram dan madu. Untuk hasil terbaik, perap selama 1/2 - 1 jam dalam peti sejuk supaya perapan menyerap. Goreng dengan minyak. jangan terlalu lama nanti hitam sebab tadi kita perap dengan madu. lagipun ayam tadi da masak.

6. Untuk sos - blend semua bahan tadi dan hidangkan.

7. Untuk kicap - tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit air rebusan tadi.

8. Potong salad secukupnya dan hidangkan kesemua yang telah siap tadi! 

tadaaa! Nasi Ayam Madu kita da siap! 

Kredit kepada tuan resipi
Resipi ni saya cedok2 dari myresipi dan kawan sy, Syafinaz. :)

terima kasih semua kerana menjayakan. hikhik 

Sekian resipi kedua dari saya..

Selamat mencuba!

2 comments:

LynnAiza said...

ok boleh try!hihi

mar mp 86's said...

yeah! try tau? senang je! hihi :D