YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

27 February 2010

usahlah berputus asa...


  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah berhujan dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

Kejayaan bukannya sekali,banyak kan teruji

Kegagalan di hari ini bukan selamanya

p/s: 1. hasil nukilan ini telah diminta izin untuk copy dr ketua g8

2. chocolate river.. company baru kami.. usah putus asa walaupun cashflow kita direject madam... huhu..

3. markah xam tidak menentukan siapa diri kita, tetapi ia dipandang apabila kita mampu mengaplikasikan dalam kehidupan harian..

No comments: