YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

31 July 2012

[Resipi Iftar] #2 : Nasi Ayam Madu

Assalamualaikum!

Semalam berjaya buat nasi ayam! okay. seriusly, kalah kedai punya! rasanya yang ni la nasi ayam paling sedap pernah makan. hik. bukan angkat bakul sendiri tapi realiti! sampai kan kami menambah la semalam. sahur pagi tadi pun makan nasi ayam. sampai licin la semua, nasi, ayam, kicap, sos cili semua! hihi.

jom check it out!

Bahan2:

(untuk rebusan dan sup)
beberapa ketul ayam
3 biji bawang besar/merah
1 biji kiub ayam
1 1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya (cukup untuk sup dan masak nasi nanti)
secubit garam

(untuk perapan ayam)
ayam -yang direbus tadi
kicap cair secukupnya
sos tiram secukupnya
3 sudu madu - kalau suka manis, lebihkan

(untuk nasi)
3 cawan beras (bergantung pada kuantiti org makan)
2 sudu besar butter
air rebusan ayam tadi - ikut sukatan anda sukat air untuk masak nasi
sehelai daun pandan

(untuk sos cili)
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh gula, garam, cuka
1/2 cawan air panas

(untuk kicap)
3 ulas bawang putih - dimayang
kicap cair
sedikit air rebusan ayam 

(untuk salad)
daun salad
timun
tomato

(untuk hiasan sup)
daun bawang
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam. Potong ikut suka.

2. Tumbuk / kisar bawang merah dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga bawang menjadi perang.

3. Masukkan air, ayam, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun pelaga dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak.

4. Sementara tunggu ayam masak, bersihkan beras. Bila da siap sup tadi, ambil sup tadi dalam beberapa cawan mengikut sukatan air yang dikehendaki. Masukkan butter dan daun pandan.

5. Keluarkan ayam dari periuk dan perap dengan kicap cair, sos tiram dan madu. Untuk hasil terbaik, perap selama 1/2 - 1 jam dalam peti sejuk supaya perapan menyerap. Goreng dengan minyak. jangan terlalu lama nanti hitam sebab tadi kita perap dengan madu. lagipun ayam tadi da masak.

6. Untuk sos - blend semua bahan tadi dan hidangkan.

7. Untuk kicap - tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit air rebusan tadi.

8. Potong salad secukupnya dan hidangkan kesemua yang telah siap tadi! 

tadaaa! Nasi Ayam Madu kita da siap! 

Kredit kepada tuan resipi
Resipi ni saya cedok2 dari myresipi dan kawan sy, Syafinaz. :)

terima kasih semua kerana menjayakan. hikhik 

Sekian resipi kedua dari saya..

Selamat mencuba!

[Resipi Raya] #2 : Chocolate Chip Bar

Assalamualaikum!


Kembali lagi kita untuk resipi raya yg kedua. hikhik :)


Kelmarin buat ni untuk berbuka. Alhamdulillah menjadi. Hee. takut la kan kalau xjadi. lepas tu, buatnye awal sebab nak buat bekal untuk kakak. dia nak balik UIA petang tu. (haha. adik mithali x?) mmg sedap dan sesuai untuk raya. em. tekstur dia macam kek tp bukan. haha. buat la.. mesti tau mcm mana. :p sampaikan mama kata boleh la buat utk raya nnt! yay! hee. lets check it out!


CHOCOLATE CHIP BAR


Bahan2:


125g mentega
1 cawan gula (boleh dikurangkan, sukatan ini agak terlalu manis)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan chocolate chips 
Kismis (sy tambah)

Cara membuat
1. Putar mentega, gula, baking powder, bicarbonate soda sehingga kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung, chocolate chip dan kismis dan gaul rata
4. Lapik dulang pembakar dengan baking paper yang telah disapu dengan mentega supaya adunan tidak melekat
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dengan menekan sedikit adunan di dalam loyang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 160C selama 15-18minit (atau sehingga masak keperangan)

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar1.jpg?t=1292574588
Kredit kepada tuan punya resipi


http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar.jpg?t=1292574588
Kredit kepada tuan punya resipi

Foursquare, 4square, 4segisama !!

Foursquare is one of the hottest Internet companies around aside of Twitter &Facebook

Question, But what is it? What’s it for? How you get started?
Foursquare is primarily for letting your friends & family know where you are and figuring out where they are. Secondarily, it’s for collecting points, prize “badges,” and eventually, coupons, for going about your everyday business.

What Else if Fun?

You’ve probably seen one of your friends brag about being the new “Foursquaremayor” of a certain location. Whether you are visiting a local bar or checking out the latest restaurant, the Foursquare app helps you connect with friends or find new things to do in your hometown.
foursquare badges 300x225 App : FourSquare v3.8.1 for BlackBerry   Explore The World Around You With Foursquare

What is a Foursquare Mayor?

You earn points for each new location you check into on Foursquare. Get enough points and you’ll earn badges like “Super User” or “Explorer.” If you check into one location more than anyone else, you become the “Foursquare mayor” of that location, but that title is stripped if someone checks in more than you. Some locations offer goodies for mayors of Foursquare, including free drinks or restaurant discounts.

Unlocking Foursquare Badges is FUN!

Unlocking Foursquare badges has become a hobby and even an obsession for many of the active Foursquare users.
Read : A general tip would be not to use Foursquare and tag your home. I have seen many using this to become the mayor of their home or room. If you do so, then everyone will know where you stay and this does not go well with the ladies as you will most probably invite stalkers and so on. As the app lets you connect with your Facebook, you may also want to screen who’s following you too. Your details are also available to friends and followers if you allow it to be shown. Meaning your mobile number and so on. You can set this on the main FSQ web page under your account – privacy.
FourSquare in Southeast Asia
Foursquare SE 300x195 App : FourSquare v3.8.1 for BlackBerry   Explore The World Around You With Foursquare
Foursquare is often associated with U.S users. But in actual fact, Foursquare is huge in Southeast Asia too
Here’s a quick run down of Foursquare in Southeast Asia:
  • Indonesia has 312,000 Foursquare users and also a Badge Mafia to “reward” users who would do anything to get badges on the location-based social network.
  • Malaysian budget airline MASFirefly, has more than 4,000 people following itsFoursquare page.Malaysia has 136,000 Foursquare users.
  • Singapore has 48,000 users and has a dedicated Foursquare user community who worked together to organize Foursquare Day 2011. In Twestival 2010,Singaporeans collaborated to earn the Swarm Badge as a team.
  • In Thailand, a bank created an exclusive debit card just for Foursquare fans. Thailand has 152,000 Foursquare users. Any geek would want to have one. Picture, courtesy of visible banking.
*****************

Yeah! Currently, I am crazy on Foursquare! Just check in and unlock the badge! haha. ala. check in saje2 pun boleh! xkesah la kt mana2 pun.. okay. cepat! sape2 yg ade BB, iPhone, Android tu, cepat2 install and be friend with me at 4square! wee~

by the way, this is the list of badges. I've collect Newbie badge! haha. Newbie pun nama! :D



done! gudnite!

30 July 2012

[Resipi Iftar] #1 : Macaroni Cheese

Assalamualaikum!!

Hari ni da puasa ke 10 dimana permulaan Ramadhan itu Rahmat. Adakah kita mendapat rahmat Allah? InshaAllah. :)

Next stage, pertengahan Ramadhan mendapat keampunan Allah dan pengakhiran Ramadhan itu bebas dari neraka (hadith sahih)

Haa! Ni nak share resipi macaroni cheese! peh! siapa yang gila cheese tu, anda digalakkan untuk mencuba resipi ini! So creamy!!


Bahan-bahan:

1/2 bungkus macaroni
1 tin sos Prego (keju dan herba tin warna kuning mcm kat atas)
Isi ayam (dipotong dadu) @ ayam kisar
Capsicum (dipotong dadu)
Carrot (dipotong halus)
Cendawan putih (dipotong halus)
Cili (beberapa potong utk pedas)
Air (utk adjust kepekatan kuah Prego)
bawang besar yang dicincang
Olive oil / minyak masak
Cheddar cheese (slices cheese)
Garam 
Lada sulah (optional)

Okay. da siap semua bahan.

Cara2:

1. Rebus macaroni hingga lembut
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga wangi.
3. Masukkan ayam, cendawan. Masak hingga lembut
4. Masukkan 1 tin prego dan air
5. Masukkan capsicum, cili dan carrot.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
7. Masak hingga mendidih. Tutup api
8. Masukkan macaroni yg sudah siap rebus tadi ke dalam bekas @ mangkuk yang boleh masuk oven
9. Tuang sos atas macaroni dan susun cheddar cheese sehingga menutup permukaan.
10. Masukkan dalam oven 160'C , 5-10minit untuk cairkan cheese 

Melting cheessseeee!!!

Dan siap untuk dihidang! bau dia so creamy, so cheesy! Should try! owh ye! selain ayam, nak ganti dengan udang atau sosej pun ok. sedap! hee :) dan, masa penyediaan x sampai 1/2 jam pun. mudah dan senang!

So creammy yaaww!!
Selamat mencuba!

Till we meet again..

27 July 2012

Tips menggoreng!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, hari ni da genap seminggu kita berpuasa! dan, macam mana entah sy baru ingat hari ini hari ke-6! *gulp!*

Okay, sekarang saya nak share tips menggoreng. Sy ekstrak dari sini, blog Shahriah Abdullah, chef-penulis novel-peserta MasterChef Malaysia Musim 1. Harapnya perkongsian ini berguna untuk semua. Sebab sy pun kadang2 fail jugak menggoreng ni. kadang2 ok, kadang berminyak. Haish. Mcm mana nak jadi isteri ni! *upppss!*
 
Ikan Goreng Tepung
yeah! semalam sy mengidam Ikan Goreng Tepung tu. kenapa? sebab sy mengidam nak makan Nasi Kerabu, tapi x jumpa lg Ramadhan ni. so, goreng ikan pun jadi la kan? heh. ha! ni 1 contoh x baik tau, goreng tu stil ade minyak sikit. xpe. kita belajar sikit2 ye. mana ada semua orang pandai terus! :)

********

Menggoreng apa jua masakan yang menggunakan minyak penuh amatlah mudah, tetapi tidak semudah yang kita sangkakan. Terutama apabila menggoreng jemput-jemput atau pun pelbagai jenis cucur. Bila goreng, garing di luar dan mentah di dalam :D atau pun garing dan tidak mentah, minyak pula berlinang dan lemau dek minyak yang serap dalam hidangan kuih-muih kita itu.
Antara tips yang biasa i lakukan ialah :



  1. Panaskan kuali terlebih dahulu baru di tuangkan minyak secukupnya.
  2. Pastikan minyak benar-benar panas sehingga 360'C atau panas dan berbahang *biasanya boleh di cuba dengan meletakkan tapak tangan 5cm dari paras kuali dan bukan DI CELUP TANGAN TU! naya wehhh :))
  3. Gorengkan apa jua masakan yang ingin anda goreng dan pastikan jangan terlalu penuh atau padat di dalam kuali@minyak, kerana ini akan menyebabkan masakan akan lambat masak, lambat garing, masak tidak sekata dan menyerap minyak. *Masa ini bolehlah turunkan suhu api, sederhana dan bukan kecil ya.
  4. Setelah hidangan siap di goreng sila alaskan dengan tisu dapur bagi menyerap minyak berlebihan. barulah di hidangkan... :)
  5. Sebelum nak menggoreng kali kedua sila pastikan minyak panas seperti keadaan mula-mula tadi. Dan barulah di goreng masakan yang seterusnya.
  6. Lakukan sehingga selesai dan ulang kaedah yang sama seperti di atas tadi :D

22 July 2012

[Resipi Raya] #1 : Rock Drops

Salam and good morning!

Alhamdulillah, we are at 2nd Ramadhan now! MashaAllah, I'm feeling great today. Thank you Allah for another chance of living. ^_^

Now, I just wanna share a Raya recipe since I had tried this a day before Ramadhan. It's a fluffy, fruity cookies! Awh! :')

Ow ya! This recipe is extracted from a book that I just bought last Wednesday! Omaigosh, all the recipes inside are so easy to made and all the ingredients are just available in Malaysia.. Why I said so? Because, usually overseas recipe books are quite difficult to do because of the ingredients ie the wheat, wine etc. And, I'm feeling like a bakers when I do have this book! Lalala~



Okay! Please stop the crap. Frankly speaking, the #1 recipe is extracted from 'Everyday Muffins & Bakes' from Love Food.

Let's check it out!!




Rock Drops (Makes 8 BIG cookies or 20-25 small cookies) [Hasilkan 8 cookies BESAR atau 20-25 cookies kecil]

English Version [Malay version]

Ingredients [Bahan2]
100g butter, cut into small pieces, plus extra for greasing [100g butter, dipotong kecil dan sedikit untuk gris]
200g plain flour [200g tepung gandum]
2 tsp baking powder [2 sudu kecil serbuk penaik]
75g golden caster sugar (I used white sugar and just blend it finely) [75g gula kastor (sy guna gula putih dan kisar halus]
100g sultanas / raisins [100g sultana / kismis]
25g glace cherries, finely chopped (I didn't used this. not available in the kitchen) [25g ceri, dipotong nipis (sy tak guna, sebab takde kat dapur]
1 egg, beaten [1 biji telur, dipukul]
2 tbsp milk [2 sudu besar susu]

Method [Cara2]

1. Lightly grease a baking sheet, large enough for 8 big rock drops, with a little butter (I don't have baking sheet, so, I just grease the baking tray). And, heat the oven, 190C for 15minutes. [ Griskan kertas baking atau dulang pembakar dengan sedikit butter dan panaskan ketuhar 190C selama 15minit ]

2. Sift the flour and baking powder into a mixing bowl. Rub in the butter with your fingertips until the mixture resembles fine breadcrumbs. Stir in the sugar, sultanas/raisins and chopped glace cherries (I didn't put these), mixing well. Add the beaten egg and the milk to the mixture and mix to form a soft dough. (use spoon!) [ Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan hujung jari (bersih ye!), hancurkan butter tadi dengan tepung tadi sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula, kismis dan ceri (sy tak guna ceri), kacau rata. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan susu ke dalam adunan dan gaulkan sehingga membentuk doh lembut (guna sudu!) ]

3. Spoon 8 mounds ( I made 25 pieces and please don't roll it. Just take it as it is) of the mixture onto the prepared baking sheet (or the baking tray), spacing the well apart as they will spread while cooking. Bake in a preheated oven, 190C, for 15-20 minutes (I used to make small pieces, so, it just took 10-15mins) or until firm to the touch. [ Sudukan 8 keping (sy buat 25 keping dan jangan gentel dy membentuk bulat. Buat secara natural je!) dari adunan tadi ke atas kertas baking atau dulang pembakar, jarakkan antara 1 sama lain kerana dia akan mengembang ketika dibakar. Bakar ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi, 190C selama 15-20 minit (kalau buat kepingan2 kecil, bakar dalam 10-15 minit) atau sehingga masak. Terpulang pada ketuhar masing2.

4. Remove the rock drops from the baking sheet / baking tray. Either serve immediately or transfer to a wire rack to cool before serving (I'm preferred to serve hot! Just so uuumpph!) [ Alihkan rock drops dari kertas pembakar / dulang pembakar. Hidangkan terus atau alihkan untuk disejukkan (sy pilih untuk hidang panas! Uuumpph! ]

Alhamdulillah! Biskut ni habis dalam sehari sampaikan esok pagi tu, adik tanya, "Biskut da habis ke? Lepas ni buat la lagi..." 

Yeah, baik! InshaAllah akan buat lagi lepas da beli butter! Haha. Butter da habis~ Btw, biskut ni rasa buah2 dan lembut je. Sesuai untuk hidangan raya. Selamat mencuba! 

19 July 2012

How dependend are you with your handphone ?

Salam and good afternoon all! :)

I guess nowadays all IT gadgets are no longer become a luxurious items, but it is already becoming a necessity. Especially handphone. From primary school students to grandpa and grandma, they all have it.


But how important handphone to you? Find out from the questionnaire below

1. You are hanging out in mall, then you realized that you left your hp at home. What are you thinking?

a. No time to think, straight away you go back to get your hp
b. “Never mind, hopefully nobody call me”
c. “I purposely left it at home, because I scared I will lost it if I bring to mall”

2. How often you received a call in a day?

a. Almost zero
b. 1 – 4 calls
c. More than 5 calls

3. Your ring tone is:
a. Every different person in your handphone, you'll assigned in with different ring tone
b. Current hit song
c. Not important to have a ring tone

4. How normally do you sms:
a. With two hands, so that it is faster
b. With one hand, because the other hand can do other things
c. You type so fast until nobody can notice

5. Have you ever breakup with your boyfriend/girlfriend thru handphone?
a. Yes
b. No
c. Not yet (going to)


6. When do you think is a best time to buy new handphone?
a. When your old handphone is lost or spoilt
b. When there is a new model that is reasonable and it is within your budget
c. Anytime there is a new model, regardless whether you need it or not


7. Have you ever use your handphone as a tools for you to show off ?
a. Of course ! because I always have the latest model
b. Don’t think anyone will still interested with my old-fashioned handphone
c. Only when I just bought it

8. When you hang out with your friend at the cafĂ©, where do you normally put yourhandphone?
a. In your pocket. Vibrate mode so that it won’t disturb your conversation
b. Why need to bring handphone when your friends are already with you.
c. Obviously on top of the table. So when someone call, you’ll know immediately (also can show off to your friend about your handphone)


Score:
1. a = 3, b = 2, c = 1
2. a = 1, b = 2, c = 3
3. a = 3, b = 2, c = 1
4. a = 1, b = 2, c = 3
5. a = 3, b = 1, c = 2
6. a = 1, b = 2, c = 3
7. a = 3, b = 1, c = 2
8. a = 2, b = 1, c = 3

Description:
8 – 12You think that your handphone disturb you. I know it is a bit annoying when you are in the middle of doing something important, then out of sudden you received a phone call from a stranger. But whether you realize or not, handphone is a really important device, especially during emergency. So don’t treat your handphone as your enemy.

13-18
Handphone definitely play and important role in your life. And you manage to balance it well. You use it to help you still be accessible, and at the same time you also still keep yourhandphone up to date with the current model, and of course all these are done within your budget.
19-24
You really crazy about your handphone. To you, handphone is not only a communication device, but also a tool that you can use to show off. And feel good about it. You feel that you must always have the latest model regardless whether you can afford it or not. Actually, if your handphone is still in a good condition, there’s no harm for you to continue using it. And the extra money that you have, you can use it to buy other things.

Whichever your score is, to me as long as you are not using your blackberry as an earrings like the picture below, I think you are still normal :)

Sincerely,

Miss MARvellous

Handphone, Tablet, Gajet IT, Pelajar

Macam ni la..

Assalamualaikum semua pembaca!

ye2. akhirnya rajin juga saya untuk menaip di keyboard ini. wuhuu! naa~ semalam Malaysia digemparkan tentang pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai 2013. ape? tak tengok berita semalam? nah. cuba baca INI

jadinya, diriku terpanggil untuk membincangkan isu ini. ya. ini dari sudut pandangan saya sebagai bekas timbalan ketua Biro Disiplin MPP di sekolah pada suatu masa dahulu (cehh. macam da tua sangat!)

saya rasa tak perlu dan tak relevan untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. mengapa? jom kita baca!

1. Mengganggu proses P&P

Jika ia dibenarkan, maka makin 'rajin'lah mereka berSMS, update status Facebook, Twitter, check in 4Square (ye. sy tau, nak kumpul badge kan?) dan sebagainya. Apa yang saya tahu, sebenarnya Kerajaan mempertimbangkan cadangan daripada ibubapa pada sebelum2 ini. Ibubapa telah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah agar memudahkan ibu bapa tahu keadaan anak mereka.

Foursquare badges image
FourSquare badges
Tetapi, sy rasa itu tidak menjadi masalah. andai kata, mereka terlewat sedikit untuk mengambil anak, hanya perlu maklumkan/telefon pihak pejabat dan meninggalkan pesan untuk anak mereka atau janji dengan anak yang mak/ayah akan ambil lewat.

"cik, tolong pesan pada anak sy, (Nama, kelas) yang sy akan ambil beliau pada jam 5pm" (Ini andai kata ada emergency terpaksa ambil lambat dari biasa)

"Adik, nanti ayah/mama ambik lewat sikit sebab ada meeting etc etc.." (Janji dengan anak semasa on the way hantar ke sekolah. Kalau risau jadi ape2, minta la jiran yg ada anak sekolah sekali tolong ambilkan. Sepakat membawa berkat kan?)

2. Spotcheck menjadi kerap

yeah! ini yang sangat membosankan! pada zaman sekolah saya dulu, bila ada barang hilang je ataupun mendapat laporan mengatakan barang hilang, mulalah kami, Badan Disiplin dan MPP dikerahkan untuk melakukan spotcheck. Allah! tahu sajelah keadaan masa itu, semua kelam kabut walaupun cuba untuk (berlagak) macho dan tenang. akhirnya, kami terlepas 1 masa belajar (walaupun ada yang gembira sebab dapat escape kelas yang tak best. ups!)

sebenarnya, kami ini bukanlah suka sangat untuk melakukan spot check. sebabnya? xsuka nak check beg satu2, pergi toilet la, cari barang2 kat best spot yang kawan2 suka sorokkan barang. leceh. penat. kecewa (kalau tak jumpa barang terlarang)

Ha! Kantoi!
jadinya, dalam isu hangat ini, bila handphone/tablet dibawa ke sekolah, mungkin dan memang 99.9% kes kecurian akan berlaku. pelajar2 yang tiada handphone/tablet akan cemburu dengan kawan2 mereka (maaf. sy bukan menuduh. tapi ini realiti. manusia tidak senang duduk jika dia tidak mempunyai apa yang dihajatkan). almaklumlah, apa yang saya perhati di shopping complex atau restoran, boleh dikatakan kanak2 sudah mempunyai tablet/handphone. em. jangan cakapla handphone apa yang mereka guna. da jarang da nampak mereka pakai handphone 3310 macam kita dulu.. :O

Tiga Tiga Sekupang!
3. Makmal computer kan ada?

Kerajaan membenarkan mereka membawa handphone/gajet IT ini dengan alasan untuk melaksanakan pembelajaran maya 1 Bestari. Lantas, untuk membolehkan wifi digunakan. Tetapi kenapa handphone/gajet IT yang diperlukan? Bukankah setiap sekolah sekarang mempunyai makmal komputer? maka laksanakanlah 1 Bestari itu di makmal. Tak perlulah menggalakkan mereka membawa gajet2 ini. Gunakan sepenuhnya fasiliti yang ada. Kerajaan kan sudah memperuntukkan dana untuk makmal komputer ini?

4. Pihak sekolah akan dipersalahkan


Ha! Ini lagi satu masalah. kalau ada kecurian gajet2 tersebut, mulalah ibubapa menyalahkan pihak sekolah. keselamatan tak dipertingkatkan, kenapa x tolong tengok2kan. Allah! Pihak sekolah terutamanya guru2 ada kerja lain. Tugas utama mereka adalah mendidik anak bangsa, bukannya menjaga setiap barang, setiap inci barang itu. Lain lah, kalau mereka pandai menjaga barang sendiri.

5. Asyik nak berkepit

em. percayalah! nanti pergi kantin, tandas, bilik guru bahkan pergi musolla atau surau pun bawa bersama. Nampak sangatlah mereka tak concentrate pada orang sekeliling sebab dengan dunia gajet sahaja! yela, kalau tinggal dalam beg kat kelas, takut hilang, kawan2 curi tengok ke. mula la xsedap hati. macam kita yang dewasa ni, bawa je ke mana2 sebab rasa tak selamat kalau tinggalkan 5 minit je. *hurm..*

6. Beban kepada ibubapa

ha! ini lagi satu isu untuk ibubapa yang kurang berkemampuan. mereka akan terbeban dengan permintaan si anak andai kata tiba2 cikgu2 pun suruh bawa sorang satu. tak ke menyusahkan tu? lain la kalau si ibubapa itu berkemampuan, bawa keluar RM1000++ tu macam bw keluar RM1 je.. =.='' kalau yang sudah sedia ada, mahunya mereka membandingkan jenama dan kehebatan gajet masing2.

"eh, awak punya iPad, sy punya Samsung GTab 7.0 je.. besar pulak skrin tu.."

iPad 3 vs Samsung GTab 7.0 Plus
lalu, apa yang dibincangkan di sekolah? kehebatan gajet masing2. hurm..

7. Gejala mengupload video semakin berleluasa

yup! sekarang ni, apa2 kejadian yang difikirkan 'luar biasa' itu terus dimuat naik ke dalam Youtube atau Facebook lalu digembar-gemburkan. ini yang membimbangkan. ye, memang saya tau kita perlu menyelesaikan perkara itu, tapi haruslah disettlekan secara dalaman, berbincang secara baik. tak perlu membuka aib seseorang itu. *harap faham*

Credit: STOMP

Maka, saya hendak memberi sedikit cadangan. Ye, sy x mahu dilabelkan, hanya menyalahkan orang tetapi tidak memberi solusi. Nah, ini solusi yang sempat saya fikirkan

1. Benarkan telefon bimbit asas je dibawa (mesej dan telefon)
2. Hanya pelajar sekolah menengah atas sahaja dibenarkan (tapi tak efektif. nanti menengah rendah jeles)
3. Sekiranya ada aktiviti kokurikulum sahaja hanya dibenarkan bawa
4. Pihak sekolah perlu menyediakan banyak telefon awam di kawasan sekolah
5. Tablet x perlu pun. Keperluan untuk membawa laptop, mungkin perlu
6. Pelajar perlu dididik untuk bertanggungjawab atas kegunaan dan keselamatan barang masing2
7. Handphone perlu ditutup (turn off and not silent) sebelum pukul 8pagi (waktu sekolah mula) dan dibuka (turn on) apabila waktu sekolah tamat

Rasanya itu sahaja daripada saya. 7 sebab dan 7 solusi. Balance! Imbang!

Tu je, stay tune for next post!

P/s: Ini hanya pendapat dan pandangan saya. 

03 July 2012

1st Activity by Kelab TaHa@U USIM

Salam and hi y'all!

naaa, setelah beberapa hari menyepikan diri daripada Blogger, now here I am. last few days busy dengan preparation Program Kemasyarakatan Anjuran Tabung Haji Seremban dan Kelab TaHa@U USIM!

finally, it had been realized on last Saturday, 30th June 2012 at Al-Irshad Education Centre, Labu, Negeri Sembilan. and, now, i'm really can take deep breath after that. mana tak nye, preparation untuk program ni ada la dalam 2 bulan. memang terbaik la! walaupun exam fever, still boleh bermeeting thru FB yaw! ;)

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti apa yang kami rancang (semestinya itu semua perancangan yang Maha Hebat, kan?). dan, sy selaku AJK Cenderamata berkolaborasi dengan Cik Safura kita tu, mmg osem la! sorang nak macam tu, sorang nak macam ni. Alhamdulillah, we managed to settle it down. hehe.

Now, just check those picca (read: pictures) out! Lot of words can be described thru picca!

Gotong royong at the 'battlefield'

MORNING SLOT: The gotong royong start at 9.30am. Right after we have our breakfast. memang semua orang bertenaga la lepas tu menggunakan tenaga 4 kerat (eh. betul ke ayat tu?) lapang jugak kawasan dekat belakang tu.. selain tu, gotong royong spot were at surau, classes and toilets. then, we stop at 12 pm for lunch.. sebabnya, semua orang sudah lapar dan kedahagaan.. :p

Bola dalam pingpong! :D

EVENING SLOT: petang tu, kami menyediakan sukaneka untuk kanak2 riang Al-Irshad ni. ada 4 games semuanya, mereka sangat la suka akan games tu! salah satunya ialah bawa bola pingpong dengan sudu, which without I realized, I said "Bola dalam Pingpong"! haha. Julie pun ikut je~

lepas da siap sukaneka untuk kids, kami pula dikerjakan untuk bermain! yaay! I like that game - nombor beracun which we need to not mention any selected numbers preferred by the referee. contohnya macam ni, the referee said, nombor gandaan 5 is the racun. so, sape2 yang duduk dalam bulatan tu, terkena nombor 5, tak boleh sebut perkataan 5 tu. okay. let me give an example, 1, 2, 3, 4, Allahuakbar!, 6, 7, 8, 9, BOM!, 11, 12, 13, 14, Selipar! the 10 persons who bertahan till the end of game are the winners and 1 one of 'em is me! and, paling pshyco sekali, a guy beside me tu, ade je benda yg disebutkan yang boleh buat orang lupa nombor org sebelah dia sebutkan tadi! (haha. faham ke dak?)

take turn before d'interview' oleh krew Kampus Dunia Tv Alhijrah

Alhamdulillah, this is our 1st event yang buat kat luar dan first time panggil krew TV! berdebar2 pun ada takut krew tak jadi datang. sesat ke ape ke. bila da jumpa pengacara Kampus Dunia tu, Kak Azidah naseb dia dan krew sporting tau! lega saya! hehe.

by the way, our slot will be on New Season, Season 4, inshaAllah which will be scheduled on 2 weeks more (kot! nanti kak Azidah will update me!) 

Hampers!!

Yeah3! Slot yang ditunggu2 petang tu whcih I need to handle with my colleagues; Closing Ceremony. em hadiah2 nya memang sangat best! Hamper and TH merchandises.. hehe. hadiah untuk sape2 yang menang sukaneka tadi..

Photography session!

memoirs for this sem! bermasyarakat dengan penduduk Kampung Batu 10, Labu. :)

Thanks krew Kampus Dunia for the recording! 

Now, I know the behind scene of the camera.. 1 2 3 ACTION! lol!

sorang satu dapat biggie pen from Kelab TaHa@U!

Alhamdulillah again! What  I can say is, it is PENAT yang BERBALOI! Bertambah lagi pengalaman hidup.. :) Orang lain bercuti, kita berkhidmat masyarakat. Thanks semua kerana menjayakan program sulung Kelab TaHa@U di luar kampus ini! :)

Sincerely,

Miss MARvellous

P/s: For more pictures, just click 'Like' Kelab TaHa@USIM at Facebook and view the album: Program Kemasyrakatan di Pusat Pendidikan Al-Irshad. U can view hundreds of picca! :)