YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

31 July 2012

[Resipi Raya] #2 : Chocolate Chip Bar

Assalamualaikum!


Kembali lagi kita untuk resipi raya yg kedua. hikhik :)


Kelmarin buat ni untuk berbuka. Alhamdulillah menjadi. Hee. takut la kan kalau xjadi. lepas tu, buatnye awal sebab nak buat bekal untuk kakak. dia nak balik UIA petang tu. (haha. adik mithali x?) mmg sedap dan sesuai untuk raya. em. tekstur dia macam kek tp bukan. haha. buat la.. mesti tau mcm mana. :p sampaikan mama kata boleh la buat utk raya nnt! yay! hee. lets check it out!


CHOCOLATE CHIP BAR


Bahan2:


125g mentega
1 cawan gula (boleh dikurangkan, sukatan ini agak terlalu manis)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan chocolate chips 
Kismis (sy tambah)

Cara membuat
1. Putar mentega, gula, baking powder, bicarbonate soda sehingga kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung, chocolate chip dan kismis dan gaul rata
4. Lapik dulang pembakar dengan baking paper yang telah disapu dengan mentega supaya adunan tidak melekat
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dengan menekan sedikit adunan di dalam loyang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 160C selama 15-18minit (atau sehingga masak keperangan)

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar1.jpg?t=1292574588
Kredit kepada tuan punya resipi


http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar.jpg?t=1292574588
Kredit kepada tuan punya resipi

1 comment:

FynazsyAcca said...

ni rase biskut ke kek? nak cube lah. hehe