YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

06 November 2011

Petua Awet Muda


Petua Awet Muda
Sebut sahaja kekal muda atau awet muda pasti ramai yang ingin tahu dan mencuba kerana zaman mudalah segalanya bermula kan. Ini petua cara Islam yang mengamalkan bacaan Al-Quran dan tiada guna alat-alat lain yang pelik-pelik dan kita kena ingat pemberian Tuhan ini memang tidak kekal cuma kita mampu menjaganya supaya still maintain, jom baca dan kongsikan:
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud. Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.

*copy paste dr 1 website ni. em. nak cuba la pasni. xpayah guna ape2 ubat pun! :) selamat mencuba! btw, selamat Hari Raya Aidiladha from me, Miss MARvellous! ;)

No comments: