YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

28 December 2008

^ahlan wasahlan ya 1430H^

akhirnye, 1429H akan melabukan tirainya. aku tidak pasti sama ada aku telah dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawabku sebagai hamba Allah yang patuh & taat. apatah lagi tahun ini merupakan tahun aku 'struggle' dengan spm. tahun yang aku sibuk memikirkan persiapan untuk menghadapi spm. walauapapun aku masih mengharapkn keredhaan-Nya agar segala persiapanku itu bakal menghasilkan keputusan yang memuaskan lantas diberkati-Nya.. ameen.. last but not least, aku berharap 1430H ini, membuatkan aku lebih patut dan taat kepada-Nya apatah lagi aku bakal melangkah ke dunia yang sebenar tidak lama lagi yang penuh dengan cabaran serta aku berharap imanku tidak goyah dengan anasir2 dunia yang makin mencabar buatku. ameen.. marilah bersama2 kita membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun ini.

******************************
DOA AKHIR TAHUN
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

*****************************
DOA AWAL TAHUN
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Berikut adalah Doa Awal Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari segala kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

No comments: