Assalamualaikun.
Yeah jumpa lagi untuk part kedua!
So, flight kami AK5108 - KUL-BKI depart pukul 7.50am.
Kami gerak dari rumah pukul 5am. Haha apa sahaja untuk flight murah so kena lah bangun awal.. Sampai KLIA2 pukul 5.45am, masuk terus drop baggage kat kaunter and check in kat Imigresen.
Untuk lebih secure, kami solat di departure hall. Kebetulan masa tu gate tak jauh sangat. J5. Surau kat depan J1.
So, ada masa lagi nak tunggu boarding dan mama nak minum coffee. Kami pun singgah Dunkin Donut for coffee.. Haha belum apa lagi da spend duit for food kat sini.
So, ready to depart, baca doa naik kenderaan dan musafir. Moga Allah redha dengan perjalanan kami sekeluarga ini.
Adik, Mama and me! :)
Lepas tu cik mek tudung hijau tu mintak tukar tempat nak duduk tepi tingkap.. Sibuk je... :>
We sat in one row; seat 16A-16F
Perjalanan dari KUL ke BKI ambil masa 2 jam 40 minit. Da lama sebenarnya tak naik flight jalan jauh2 ni. Masa tu rasa da tak selesa da. Dah tidur pun, tak sampai-sampai lagi.. Haha mama kata, mcm mana nak pergi tempat jauh ni.. >.<
Alhamdulillah kami selamat sampai di KKIA jam 10.30am. Bila pilot cakap sudah flight sudah mendarat di KKIA, teruslah penumpang-penumpang semua on handphone. Dapat notification our driver aka Encik Ali ada call masa dalam flight tadi.. Dan dia call sekali lagi cakap da sampai. Efisiennya!! Tak payah guest nak tunggu lama..
Inilah kenderaan kami selama 3 hari di Sabah - Nissan Urvan. Boleh muat dalam 7 orang. Kebanyakan van persiaran @ pelancongan akan guna van ni atau Toyota Hiace tu.
So, destinasi pertama dituju ialah tempat makan tengahari - Restoran Sempelang di bandar Kota Kinabalu. Tapi slack nya restoran ni ada GST. Haha terus rasa mcm mahal je makan kat restoran ni..
Lepas tu, masa sudah waktu zuhur bha.. pukul 12.10 tengahari macam tu. Encik Ali bawa kami ke Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu atau dikenali juga sebagai Masjid Terapung.
Driver asyik cakap je, masjid terapung di Kuala Terengganu lagi cantik bhaa..
Subhanallah cuba tengok awan di atas sana! Cantik kan?
Masjid ni dibuka untuk pelancong juga. Jika ada pelancong bukan Islam nak masuk melawat masjid ini, baju khas @ jubah akan diberikan untuk dipakai. Macam dekat Masjid Putrajaya tu..
No comments:
Post a Comment