YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

20 November 2016

3D2N BJ65's SABAH TRIP (PART 2 - DAY1: TUN MUSTAPHA TOWER)


Lepas kami selesai solat di Masjid Bandaraya, kami dibawa ke Tun Mustapha Tower.

Menara ini merupakan pejabat persekutuan negeri Sabah. Uniknya binaan ini, ia berbentuk bulat dan siapa kerja kat sini sangat untung kerana boleh nampak pemandangan laut setiap hari! 

Seronok kan?

Bayangkan angin laut setiap hari yang kuat itu masih boleh membuatkan menara tersebut berdiri tegak. Tapi tu semua ilham yang Allah beri pada arkitek untuk bina sedemikian.

Bangunan sebelah tu ialah Yayasan Sabah. Masih lagi dalam pembinaan tapi hampir siap bhaa.. Dalam 90-95% siap (huhu suka hati je letak % tu kan..)


Sebelum trip kami sampai, bas trip dari China ada jugak datang. Bersungguh la mereka tangkap gambar.. Macam kami jugak :p

Dekat sini ada dataran yang boleh pelancong tangkap gambar berlatar belakang Menara Tun Mustapha ni. Dekat dataran ni juga ada beberapa replika orang utan yang boleh kita masuk kepala kat situ.. 

Haha, macam mana tu?

Sat gambar sat..

.

.



Orang utan pakai spec mata hitam.. Kahkahkah

Disebabkan cuaca panas terik kat sini, so kami singgah sekejap je sebab nak sambung jalan pergi ke Kundasang pulak. Yipppeee!!


No comments: