YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

28 August 2009

8 atau 20?

Bismillahhir rahman nirrahim...

Sebelum mulakan post ini, baca dulu artikel dibawah untuk memahami apa yang penulis hendak sampaikan...

********************
“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solah malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solah malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Dalam hadith disebut sembahyang malam dan bukannya sembahyang Tarawih. Rasulullah saw telah mempercepatkan sembahyang malamnya (tahajjud) sebanyak lapan rakaat bagi memenuhi malam pada bulan Ramadhan. Pada malam-malam Ramadhan, Rasulullah saw sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat selepas Isyak hinggalah hampir waktu Subuh, barulah Baginda berhenti untuk bersahur.

Sayyidina Umar bimbang umat tidak mampu melakukan sembahyang malam yang lama seperti Rasulullah, maka dilakukan Sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat (yang lebih pendek masanya) bagi memenuhi malam-malam Ramadhan. Saiyidina Umar berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik”. Namun sebenarnya ia bukanlah bidaah kerana mengikut Kitab Akidah yang besar iaitu Kitab Nibras, “Bidaah itu ialah tiap-tiap sesuatu perkara agama yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak”. Selain itu kita juga adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sunnah dari Nabi dan Jamaah itu dari para sahabat Nabi.

Sembahyang Tarawih yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama’ dari kalangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a. Dari Al-Sa’ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan – pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak dua puluh rakaat.

Sembahyang Tarawih bermaksud rehat, kalau lapan rakaat yang laju bagaimana hendak berehat.

****************************
Seperti malam2biasa ramadan, penulis akan menunaikan solat terawih sebanyak 8 rakaat di surau camelia.. dan malam ini (malam minggu), penulis akan solat di sebuah masjid berdekatan rumahnya .. lalu dialog tersebut terjadi...
Adik: Ayah, nak solat 8 atau 20?
Penulis: ala, 8 sudey.. xpayah la nak kecoh2 ow
Ayah: Kenapa xnak buat 20? malam ni kan malam minggu.. pe salahnye wt lama2 sk8
Penulis: Hm. Kalu wt 20, nanti tak ikhlas! (haha. bagusnye jawapan.. tp btol pe)
Ayah: So, kenela start ikhlas tu dari sekarang..
Penulis: (adoyai.. bukan senang uh).. lgpun orang ad kerjala..
Ayah: (terdiam)
sesudah sampai di masjid...
Penulis: kita wt 8 tau?
Ayah: yela... tp pastikan wt keje lepas ni..
Penulis: Ok... tp tengoklah if xtumbang(tidur) lagi.. ^_^ (aku selalu tp xsengaja tertumbang mase tahiyat akhir tiap terawih.. huhu. ngantok sebab makan banyak sgt ke atau penat belajar?)
ok.. solat terawih 8rakaat tanpa witir hari ini habis jam 9.15pm. if di camelia jam 9.45pm sebab ad tazkirah antara 4 rakaat terawih uh.. then, penulis rasa mcm xbiasa hbs awal.
persoalannya sekarang.. daripada aku xikhlas wt 20 rakaat better wat 8 je.. tp tadi lepas terawih aku tros bukak internet untuk cari artikel psl 8 @ 20 rakaat terawih.. so, terjumpala artikel diatas itu..
so, sekarang baru aku faham kenapa terawih ada 20 rakaat.. ianya untuk memenuhi malam2 ramadan bagi siapa yang tidak mampu lakukan tahajud 8 rakaat seperti Rasulullah..
tapi seriously, aku tak mampu nak wt 20 rakaat melainkan surah yg dibaca ialah juz 'Amma dan masjid itu berhawa dingin seperti masjid UNI10.. sangat best! haha. kureng btol..
pada pendapat aku, lebih baik kita buat 8 rakaat terawih dan kita cuba untuk lakukan qiam setakat mana yang kita mampu. sesungguhnya Islam itu cantik dan mudah. Allah tidak mahu membebankan hamba-Nya..
dan 2 syarat penting dalam melakukan sesuatu ialah
1. Niat (ikhlas kerana Alla Taala)
2. mengikut syara'
ok. that's all from me.. apa yang buruk datang dari aku dan yang baik itu daripada Allah..
p/s; solat terawih kt tempat korang lak cne? pe pendapat korang psl solat terawih? 8 @ 20?

1 comment:

naim said...

8@20...??? pendapat diriku..kosisten dalam melakukannya..kalu wat 8..kosisten sampai akhir ramadhan..kalu 20..kosisten sampai akhir ramadhan..jgn awal2 wat 20..lama2 dan sampai akhir ramdhan tinggal 8 je..kosisten dalam melakukan ibadah..

pendapat diriku yang lemah ini..maaf jika agak keterlaluan..

wallahu'alam...