YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

18 July 2010

Bachelor of Accounting with Honours..

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SENARAI KURSUS

Semester I Sesi Akademik 2010/2011

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

No Sem : 1
/8
Nama : MARDHIAH BINTI MOHD PAKARUDIN

Program : SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

Fakulti : FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT



Kod Keterangan

CDA1132 BOLING
MEA2013 EKONOMI PERNIAGAAN
UBA1032 BAHASA ARAB I
UBA1042 BAHASA ARAB II
UBE1012 BAHASA INGGERIS I
UBE1022 BAHASA INGGERIS II
UTA1012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
UTA1062 HUBUNGAN ETNIK
UTA1082 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

owh ya. semalam semua pelajar tahun 1 FEM ada bengkel penghayatan akademik.

sesi pagi dimulakan dengan pengenalan pensyarah, tutor dan kakitangan FEM oleh Dekan FEM Prof Dr. hajah Mustafa Mohd Hanefah *fuh. ingat nama penuh! hehe. mestilah! aku kan jadi MC pada hari kejadian.. hehe

selepas sarapan pagi, ada taklimat perpustakaan...
hm. baru ku tahu perpustakaan USIM adalah perpustakaan tercanggih IPTA.. banyak lagi tempat aku tak jelajah. hehe. dan apa yang penting aku tahu apa itu "ALMANAC"! hehe. dapat sticky pad sebab aku seorang sahaja dalam kalangan 2++ pelajar FEM yang tahu apa itu ALMANAC. hehe. orang sebelah sangat cemburu ya..

sebelah petang pula selepas mengerjakan solat zuhur, semua pelajar dikehendaki bergerak aktif untuk explorace! yeah!

aku kumpulan 15... xramai sangat yang aku kenal. kawan tamhidi dulu pun jihah razak & fazlie. tu je la yang boleh aku buat kawan. hehe. yang lain aku xkenal sangat nama..

so, checkpoint pertama kat FEM. pemandangan yang sangat indah! kene rentas tali berhalangan.. xboleh sentuh tali tu.. 2 orang yang buat task tu, dua dua kene. so, dapat la celoreng warna hijau!

checkpoint kedua: main sudoku kat rumah tanpa dinding FEM! hm. lagi sikit je nak selesaikan sudoku tu, tiba2 akak tu kata da tamat masa. so, dapat la lagi celoreng putih...

checkpoint tiga: di PTM. pusat teknlogi maklumat.. jawab soalan mufradat... boleh la. ingat2 lupa.. pembangkang lawannya kerajaan la! :p

checkpoint empat: di library! jawab soalan math! aku suka part ni. aku la paling bersemangat. tapi yang trickynye. jadikan + kepada -. x kepada bahagi.. bleh la jawab sebelum amsa tamat. xdapat la celoreng. bangga2. hehe

checkpoint lima: kat air terjun bertingkat USIM! depan canselori.. kene buat pembaca berita berkepala 3. aku volunteerkan diri untuk menjadi pemberita. aduh. macam2 ayat keluar. akhirnya jihah cakap "sekian" sorang lagi cakap" terima" dan aku cakap "kasih"! akhirnya! xterfikir pun boleh cakap sekian tu.. hehe..

checkpoint enam: kat roundabout IQRA. password BMW. hm. apa kaitan iqra dgn BMW? hm. nasib baik kumpulan kami ada pentazkirah bebas.. boleh la beliau menjawabnya.. kak farha nak lagi tazkirah. owh. xpela.. xsanggup da..

checkpoint tujuh: kene pergi balik FEM! penat jalan. kene pergi tempat kereta berehat. sekali tanpa diduga, belon barang amanat setiap kumpulan kene pegang PECAH! air dalam belon tu berisi air nila. kesian ketua kami; fazlie terkena air nila itu. nampakla kebengangnye. sabar la ya.. akhirnya kami berjaya selesaikan crossword...

checkpoint lapan: kene pergi pusat sumber FEM. dapat la kami mendengar konsert free. tapi akak tu xsanggup dengar da.. haha. tasknya: kene wt ayat menggunakan perkataan last yang dicakap oleh orang sebelumnya... so, settle..

checkpoint sembilan: kene pergi bilik ms huda. nak test general knowledge. mulanya ketua kami suruh aku masuk. ow. xnak la.. kang x tertanggung. akhirnya ketua kami masuk dalam bilik ms untuk menjawab soalan ms.. rupanya dia pun terkantoi! haha. habis la kene celoreng warna merah.. dush! soalannya: sebutkan 3 nama professor di FEM. hesy. rasanya aku boleh jawab tu.. hehe

checkpoint sepuluh: kene pergi kat dataran selera untuk berselera2. hehe. tasknya: seorang ahli kump kene tutup mata dan menyajikan kami hidangan minum petang. hasilnya: roti disapu bersama sos lada hitam, budu, lada sulah yang sangat banyak! huh. xlarat aku makan banyak2. pening kepala. yang bestnya ada seorang ahli kumpulan kami kata "kak, kalau kami xdapat 4 flat , siap akak!" haha

checkpoint terakhir: lu PK la sendiri! semua pakat dok translate sendiri PK - pusat kesihatan, pusat kegiatan la pela.. sebenarnya PUSAT KOMERSIL. haha. dan akhirnya sampai.. tamat pada jam 5.45 pm.

so, solat la dulu sebelum semua kumpulan sampai.. lepas tu ada penyampaian hadiah... kumpulan kami dapat tempat ke 10 dari 20 kumpulan..

kesimpulannya: mmg gempak la xplorace ni.. xd la penat sangat. sebab aku enjoy. akhirnya bila smpai bilik baru rasa penat dan tak turun untuk taklimat kat nilam.. hehe

ok la. sekian. adios!

2 comments:

IzhaarAmin said...

pembetulan

:yg merentasi tali hijau tu,kali kedua tak kena la.kan kena celoreng sekali je time tu

second,soalan kat bilik miss tu
namaan 3 professor FEM dengan 5 orang pensyarah Fem.

mar mp 86 said...

ow. baiklah bos! dengar tu semua.. ad pembetulan~ maaf semua... ;p