YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

07 August 2012

[Resipi Iftar] #3 : Kek Batik Cheese Lemon

Assalamualaikum! *gaya org ketuk pintu nak masuk rumah*

hai berjumpa lagi kita untuk resipi ke-3! 
macam mana puasa? ada da ponteng? ahaks. diam2 je tau! hikhik
btw, tanpa membuang masa nak share 1 resipi ni : KEK BATIK CHEESE LEMON!

wah, nama! nak classy aje~ hikz
okay. sebelum nak share resipi ni, nak cte sikit la nape nama dia cmni..

alkisahnya bermula semalam, pagi Nuzul Quran.
pada hari kebiasaan, sy akan rajin baking atau buat 1 dessert utk berbuka. tp semalam x buat ape2 since ade lebihan karipap buat mgu lepas. karipap frozen yaaw! jangan main2. buat sendiri wooo~ penat tangan menguli dan mencanai! 

jadinya, semalam da bertekad nak membaking pada hari ni, 8 Ogos. sebelum tu, ade minta Cik Fienaz kte share resipi kek batik dia yang termasyhur tu. hiks.

jd, godek2 dapur sahur tadi, ade jumpa half packet of Digestive biscuit, susu pekat ade half jar, margerine half buku. so, nekad habis, pagi tu nak buat jugak kek batik since Cik Fienaz da share resipi kt blog dia.

bila check fridge, tengok2 ade cream cheese lebihan buat cheesecake hari tu. so, mmg dengan aim dan tujuan untuk meng'clear'kan fridge sebelum cuti pulang ke kampung, nak ubah sikit resipi Cik Fienaz utk buat Kek Batik Cheese Lemon (izinkan ye..) since sy peminat Cheesecake yg TEGAR! ahaks ;)

btw, disebabkan semua bahan2 kt rumah ni ade half2 je, so, sy halfkan semua bahan2 yang tertera

So, let's check it out!

Credit to Mr Google and blog's owner
Resipi: Kek Batik Cheese Lemon
Sumber: Cik Fienaz
Diolah: Cik Mar

Bahan-bahan 

A: Cream Cheese Lemon (resipi ni mengikut pengalaman saya buat cheesecake)

100gram cream cheese
1/4 susu segar
1 sk gula pasir
1 sk lemon juice


B: Adunan coklat


1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo (sy guna 1/2 cwn je)
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated) (sy guna 1/2 tin susu pekat)
1 buku buttercup (sy guna 1/2 buku buttercup)
1 cawan gula halus (sy guna 1/2 cwn gula)
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. (letak sebiji)
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe. (rasanya mcm x letak td. hihi)
3 sudu besar Nestum (sy tambah. hiks)

1 1/2 packet biskut marie original (1/2 packet biskut digestive Tesco)

Cara-cara:

1. Mula2 sediakan bahan A dahulu. Putar cream cheese dengan susu sehingga kembang. Masukkan gula dan putar pada kelajuan maksima. Masukkan lemon juice dan putar hingga sebati. Letak tepi.
2. Sediakan bahan B pula. Cairkan buttercup atas api kecil dan masukkan susu pekat. Selepas itu, masukkan gula dan milo. Kacau sentiasa untuk elakkan ia berketul dan kacau sehingga pekat dalam lebih kurang 10-15minit. Masukkan telur dan kacau cepat2 supaya nanti telur tu x menjadi mcm scramble egg!
3. Bila dah pekat, tutup api.
4. Alaskan loyang dengan plastik atau aluminium foil untuk mudahkan dipotong keluar.
5. Sapukan loyang yang sudah beralas tadi dengan sedikit adunan B dan susun biskut*. 
6. Sapukan sedikit adunan B atas biskut yang disusun tadi dan susun biskut.
7. Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga biskut habis. Tinggalkan sedikit adunan B untuk letak di lapisan atas sekali nanti.
8. Bila biskut sudah habis disusun, sapukan adunan A atas biskut yang terakhir. ratakan cream tersebut.
9. Sapukan lebihan adunan B tadi atas adunan A tadi. Buat la corak marble ke ape ke. terpulang. tak nak pun xpe.
10. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Agak2 dah keras sikit, sedia dihidang!

*sy prefer susun berlapis2. sebab cantik. hee :) ikut selera masing2. kalau nak campurkan biskut (patahkan 4) dalam adunan B pun okay! ;)

*macam2 style Kek Batik Cheese Lemon ada kt Google Images. Klik SINI

Biskut disusun berlapis2. Credit to Mr Google and blog's owner
Sekian resipi dari sy..

Selamat mencuba!

P/s: i. sy da rosakkan diet 2 orang dalam rumah ni. ahaks! maaf. hee :)
ii. gambar nanti sy upload ye. share resipi ni sbb Izzati nak. 

1 comment: