YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

12 February 2012

Donat Tuna Cheese & Cookies n' Creme Ice-cream

Salam.

Hari ni saya masak special bersempena birthday mama sy. So, dikesempatan ni, sy nak share 2 resipi.

1. DONAT TUNA CHEESE! Resipi ni sangat sesuai untuk sesiapa yang kurang mahir dalam menguli doh :)

By the way, first of all, sorry sebab takde gambar. hehe. Laju je ngap masuk dalam mulut.

So, ni resipinye yang saya cipta sendiri.. :)

Bahan2: (3 org makan)

3 keping roti paratha (frozen)
Tuna (dlm tin any flavor)
Slice cheese (dipotong jalur)

Cara membuat:

1. 'Thaw' (bw keluar dr fridge) kan roti paratha dulu dalam 10-15mins.
2. Selepas itu, ambil sekeping roti paratha dan leperkannya. Maksudnya, gelekkan dgn roller/gelas kosong untuk dapatkan roti tu besar dan sebab roti tu tebal. Kita nak nipiskannya. Tp jangan nipis sangat sebab nak letak isi dalam tu lepas ni
3. Selepas tu, da siap leperkan, letak sesudu tuna dan 1 jalur cheese di hujung roti tu.
4. Gulung roti sehingga habis. hasilnya, akan dapat 1 bentuk panjang kan? dan, bentukkan ia bulat dengan menemukan hujung roti tu satu sama lain. so, dapat la dalam bentuk bulat donat.
5. Ulang step 2-4 dan sedia untuk digoreng!
6. Sedap dihidang ketika panas dan boleh kalau nak simpan frozen.

#sedap sangat. nanti cheese tu meleleh macam pizza! yummy3! siapa yang suka pedas, boleh guna tuna yg pedas tu. and, pastikan jangan nipis sangat sbb takut nanti masa goreng, tuna tu terkeluar

2. COOKIES n' CREME ICE CREAM


Bahan2:

2 cawan susu full cream/ lowfat
2 cawan serbuk creamer
1 paket biskut oreo/cream O

Cara2:

1. Masukkan 2 cawan susu full cream/ lowfat dan 2 cawan serbuk creamer ke dalam blender. Kisarkan ia sehingga sebati. Lagi best, kalau dapat hasilkan buih halus
2. Masukkan 3/4 paket biskut ke dalam pengisar yg berisi susu+creamer tadi. Kisarkan lagi sehingga biskut benar2 hancur
3. Masukkan bahan kisaran td ke dalam bekas.
4. Patahkan baki 1/4 biskut td dan masukkan ke dalam bekas. Pastikan biskut tu tak timbul. Maknanya, level  of biscuit tu sama level dengan bahan kisaran tadi. so, tekan2 la guna sudu
5. Masukkan dalam fridge untuk disejukbekukan.

#untuk dapatkan flavor vanila, guna biskut oreo/cream o krim vanila. kalau nak perisa coklat, guna biskut cream o krim coklat! Then, u will get a tub of creamy cookies n creme ice cream! rasanya macam setanding haagen dazs ice cream! yummy3! ^__^ selain oreo/cream o, nak guna chipsmore pun boleh..

2 comments:

Unknown said...

rajinnya anak dara nih :)

mar mp 86's said...

haha. nama pun anak dara.. :p