YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

08 September 2011

An apple a day keeps a doctor away! ;)

Salam..

nampaknya macam da basi cerita ni.. hehe. sebabnya, pergi post benda2 merepek dulu baru nak bagi resipi ni..

Okay. stop rambling! hehe.

Al-kisahnya tentang apple ni..

Isnin baru ni, start puasa ganti. masa sahur, mama kata, apple tu tak da siapa pun nak makan.. Kesian dia.. hoho. sy yang masa tu tengah mcm mamai2, mengiyakan je.. hehe. 

sekali, bila da siang, rasa macam perlu buat sesuatu pada epal tu! so, terus la tangan ligat cari resipi kat internet yang guna epal. hehe. sekali, search APPLE kat myresipi.net. pehhh! banyaknya boleh masak ni! sampai masa tu xtahu nak masak ape! macam nak masak semua! hehe. so, yang berkenan di hati masa tu,

  i. APPLE PUDDING
 ii. APPLE CRUMBLE
 iii. APPLE COLESLAW

disebabkan tenaga x banyak sangat, jadinya, buat pudding & coleslaw je. adik ku yang 10 tahun tu buat crumble versi mudah! haha

jadinya, izinkan saya share 2 resipi

APPLE PUDDING before baked!

1. APPLE PUDDING (sumber: myresipi.com)

Bahan-bahan ( servings: )

  • 1/2 cwn mentega (dicairkan)
  • 1 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 cwn susu segar
  • 2 cwn epal hijau (lebih kurang 3 biji)
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara

  1. campurkan tepung (ayak dahulu), gula, serbuk penaik, garam, mentega dan susu. gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. potong epal nipis-nipis dan gaulkan dengan serbuk kayu manis.
  3. masukkan epal dalam microwave selama 2-5 minit sehingga lembut. ( boleh masak atas api jika tiada microwave)
  4. campurkan epal ke dalam (1) dan tuang ke dalam bekas ovenproof.
  5. bakar di dalam oven selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kekuningan dengan suhu 180C.
  6. boleh juga gunakan epal merah tapi kurangkan gula jika tak mahu manis sangat.

2. APPLE COLESLAW (sumber: myresipi.com) >> sorry. xsempat snap gambar! hehe

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 biji apple merah/hijau (dipotong dadu kecil)
  • 1 batang lobak merah ( dipotong dadu kecil) >> sy xletak carrot, sebabnya da habis.. hehe
  • 1/4 biji kobis (dihiris halus)
  • 3 sudu besar mayonis (ikut selera msg2)
  • gula secukup rasa
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Setelah apple,lobak merah dan kobis dipotong dadu, basuh dan toskan.tunggu sehingga air kering.
  2. campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaulkan hingga rata.
  3. bila dah siap boleh letak dalam peti sejuk..lagi sedap untuk dimakan.
  4. boleh dihidangkan semasa makan nasi tengahari atau malam.
  5. tambahan : kalau nak sedap lagi, tambahkan isi ayam goreng yang telah disiat..budak2 kecik pun msti suka..

dan. dijadikan cerita, 10 biji apple hijau habis kat rumah dalam sehari! haha. sebabnya, kakak ku tiba2 buat apple mint juice! wee~

3. APPLE MINT JUICE (sumber: sendiri) >> yg ni pun xsempat snap pix!

Bahan: 
epal, air, gula secukup rasa dan daun pudina

Cara-cara: 
blend epal, air dan gula. rasa kan ia secukup rasa.. dan letakkan daun pudina dalam 6 keping dalam jug! okay~ fuh. fresh~ hehe

jadinya, masa buka puasa, atas meja, banyak makanan berasaskan epal! hehe. ow ye! lepas tu sempat masak ayam paprik.. tekak rasa nak makan ayam paprik! hehe. memang semua air tangan sendiri la! puas! hehe. sampai ad yang cakap, "untung la mar.. da ad yg booking ke?" hahaha! hanya mampu gelak...

P/s: i. lepas ni nak letak subject untuk sem 3 pulak!
ii. an apple a day keeps a doctor away? makan 10 biji epal pun, semalam g jumpa doktor! now, takut sangat nak makan ubat.. :( for pharmacist-to-be, my sis, Shazwani, tolong ciptakan ubat yang sedap dimakan & senang untuk ditelan tau! ;)
iii. mama suruh buat lagi apple pudding ni sebab ada budak UM mengidam nak makan weekend ni! :p

No comments: