Oreo Cheesecake with Chocolate Drizzle
Salam,
Alhamdulillah, I successfully baked OREO CHEESECAKE today! Awesome, delicious, appetizing! waaa!! I can't describe anymore. You should try. hehe. So, this is the recipe which is the best, easy and simple to made. Because the ingredients itself are easy to get (not so complicated and Halal). ^__^
BAHAN-BAHAN:
a) Kek
1 1/2 cawan oreo dibuang krim yang telah dihancurkan (sy guna 1 paket biskut Cream O Jack n Jill! hehe. sama jgak kan?)
2 sudu besar mentega cair
225 gm keju Philadelphia
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar jus oren
1/2 sudu besar kulit lemon parut (sy ganti dengan cream of tartar (COT) )
a) Chocolate Drizzle (optional)
3 sudu besar susu pekat
1/4 cwn serbuk koko
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu segar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang telah dihancurkan tadi. *footnote 1*
2. Terap ke dalam dulang dan bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 180 0C dan sejukkan. *footnote 2*
3. Pukul (guna hand mixer) keju Philadelpia bersama gula kastor sehingga benar-benar sebati. Tambahkan esen vanila.
4. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.
5. Masukkan jus oren dan kulit lemon dan pukul sebentar.
Step 6
6. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi adunan biskut yang dibakar tadi dan bakar selama 55 hingga 60 minit. *footnote 3* (lg best kalau tambah crushed oreo >> yg timbul tu crushed oreo la.. hehe)
7. Biarkan kek keju ini sejuk di dalam ketuhar. (ada la dlm 3 jam)
8. Sambil tu, bolehlah sediakan chocolate drizzle. Caranya, campurkan semua bahan dan guna double boil method; letak air panas dlm mangkuk besar dan letakkan mangkuk adunan ke atas air tu, nnt automatik akan cair. *footnote 4*
9. Keluarkan bila ia benar-benar sejuk. Lepas tu, buat drizzle atas kek. Simpan di dalam peti sejuk. (dlm 3 jam jugak.. :) )
hehe. sorry la. tangan laju je terus potong. tak ingat nak snap dulu.
9. Tadaa! Siap untuk dihidang! :)
So, resipi pun da bagi, ni nak terangkan sikit footnote kat atas tu..
*footnote 1* : cara hancur: masukkan biskut oreo yg telah dibuang krim td dalam plastik (yg ada seal) dan hancurkan. nak cepat lg, guna gelas then gelek2 dia. hehe. atau nak lebih mudah, guna blender, tapi sy tak guna blender. hehe
*footnote 2*: selama mana nak panas tu, depends on oven masing2. sy punya oven guna 3-5 minit je. sebenarnya xpayah lama sebab biskut oreo tu nipis, kalau lama nanti hangit. hehe. (sy cakap based on experience! haha). by the way, sy cadangkan anda balut permukaan loyang tu dengan aluminium foil dulu sblm letak oreo yg sudah hancur tu. sebab nanti bila da siap semua, boleh angkat letak atas pinggan. hehe. fahamkan?
*footnote 3*: Bakar dengan cara `water bath’, maknanya di atas acuan itu mestilah dilapik dengan dulang yang berisi air. tgk youtube ni kalau nak lebih terang.. :) ow. bila 10min bakar da berlalu, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. kalau tak, nanti cheese jd kekuningan, tp still boleh makan cuma jd garing lah! hehe. btw, the picture as follows:
water-bath baked
*footnote 4* : ni namanya double boil method, caranya lebih kurang mcm water-bath tp kita guna air panas dlm mangkuk besar tu dan letakkan mangkuk adunan yg ada semua isi tu dlm mangkuk air panas. nanti dy automatik akan cair bila anda kacau. tgk youtube ni kalau nak faham lagi.. :)
Okay. Done for my tutorial to make oreo cheesecake! FYI, sebelum sy buat ni, ada la jugak sy tgk tutorial kt youtube untuk dapat gambaran awal mcm mana nak buat. Tengok kat sini tau!
Selamat mencuba!
P/s: 1. my mom said, SEDAP! hehe. tp boleh makan 1 slice je sehari sebab muak kalau nak makan next slice. and, tinggi cheese tu pun da kira okay sangat. kalau cheese tu tinggi, muak pulak. hehe. ^__^
2. by the way, sy sedia menerima tempahan kalau sesiapa takde masa nak buat tu..
3. sy kata ni simple nak buat sebab bahan2nya tak complicated and senang nak cari. kalau resipi lain, kena guna whipping cream. and, saya cari kat Giant baru2 ni, takde yg halal. confused sy. so, better avoid kan? lg pun da ada resipi yg xguna whipping cream. hehe.
No comments:
Post a Comment