YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

15 February 2009

kimia..chemistry..kimia..chemistry!!

heyp. korang semua mesti plek kan nape ttbe aku tulis psl fakta tak semena2 aku copy dr 1 web ni. bia nmpk cm ilmiah sk8 xsemestinye bout my personal..huhu. lgpun aku nga menanam minat nk suka kepada kimia ni. memang da minat pun sblm ni tp nk tmbh lg minat uh. heh. sebab ttbe nga slow down minat terhadap kimia ni. dulu pnyela. orang tanye nk ambk course pe nnt. zup2. lancar j jwb nk ambk chemical engineering! hehe.

Ahli kimia Islam yang paling awal ialah Khalid Ibn Yazid (abad ke-7), cucu Muawiyah, Khalifah Umaiyah yang pertama. Khalid bukan sahaja mengambil langkah menterjemahkan teks kimia Iskandariah, tetapi beliau sendiri juga menghasilkan penulisan tentang kimia. Kitab al-Hararat dan wasiat tentang kimia kepada anaknya. Yazid banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menghasilkan emas dan mengadakan peralatannya melalui ilmu kimia.

Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai "Korpus Jabir". Di antaranya termasuklah "Kitab al-Sab'in" dan kitab "al-Mizan" yang merupakan asas kepada Kimia Latin yang mula berkembang pada abad ke-15M.2 Jabir al-Hayyan mengemukakan kaedah percubaan sains.

Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain. Seorang pengkaji sejarah terkemuka Holmyard, telah mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah pengasas dan bapa kepada kimia moden dan dia menegaskan kimia ertikata tidak wujud sebelum Jabir.

Pada awal abad ke-9M, Uthman Ibn Suwayd dari Ahkim, Mesir telah menghasilkan kitab "Mushaf al-Jamaah" iaitu sebuah teks kimia latin yang begitu popular pada abad pertengahan dan zaman Renaissance. Ahli Sufi Mesir Dzul al-Nun al-Masri, al-Junid dan al-Hallaj juga menulis tentang kimia.

Al-Kindi (875M) membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib pula menyusun kitab "Manafi al-Ahjar" yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.

Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M), menghasilkan "Kitab al-Asrar" dan "kitab Sirr al-Asrar" serta "al-Madkhal al-Thalim" yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.3 Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi. Perjumpaan dan penerangan proses pengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting kerana tanpa pengetahuan kepada proses ini adalah amat sukar untuk menyediakan bahan bagi sesuatu pengujian.

Al-Marrakusyi dari Magrib menulis proses kimia dalam bentuk mimpi dalam Risalat al-Ruhawiyat. Berikutnya, dalam abad ke-16M. Bel-Mughus al-Maghribi menghasilkan satu penulisan pendek tentang sejarah kimia dari zaman Nabi Adam hingga kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan bahawa kimia merupakan ilmu warisan yang diwahyukan.

Di Andalus juga terdapat beberapa ramai ahli kimia Islam antaranya Jabir Ibn Aflah. Antara sumbangan beliau di dalam ilmu kimia ialah menemukan asid sulfurik, asid nitrik dan nitro muriatik. ,Abbas Ibn Firnas telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain.

No comments: