YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

03 September 2010

salah bantal...

Siapa pernah salah tidur?!

Bangun2 je rasa sakit2 badan, leher? Inilah namanya fenomena salah bantal...

Baru2 ni, aku tidur salah bantal..

Al-kisahnya, lepas sahur dan solat subuh aku tidur balik..

So, hari khamis kelas mula pukul 8pagi.. bangun la pukul 6.45am

Bangun2 je.. "OUCH!". asal rasa sengal2 badan ni? leher rasa macam xboleh pusing. kaki pulak macam xdapat gerak... aduh!



Jadi, nak tak nak, kena jela siap nak pergi kelas walaupun terasa kesengalan yang amat sangat..

Kelas pulak hari tu kat tingkat 3.. naik jela dengan gagahnya..

Kat kelas pulak minta fura tolong urutkan.. dia kata maybe salah bantal kot..

erk? salah bantal?! bila fikir balik, rupa2nya...

PATUTLAH! pagi tadi bangun, kepala da jatuh sikit dari bantal. bukan macam posisi biasa..

adakah aku tidur secomel ini? ngeh3 =)

akibatnya, aku jalan xlaju macam biasa.. kura2 pun menang! haha.

lepas tu, ingat nak rest la kejap sebelum kelas start balik pukul 3 tu, tapi ada discussion pula. tertangguh la rehatnya..

pergi kelas, sengal2 lagi. balik2 je terus BOOM! xlarat.. hehe

so, hari ni, kesengalan da hilang sikit tapi sakit belakang tu ada sikit lagi. nak duduk kat kerusi kene ada bantal kat belakang untuk support..

solat pun baca surah pendek2 je, xboleh berdiri lama2..

kesimpulannya, tidur la elok2. jangan ganas2.. ish3

p/s:
1. tanya la eman macam mana nak hilangkan sakit salah tidur ni.. dia kata "minum air banyak2.." erk? "puasa la eman.." haha. "yela, buka puasa nanti minum air banyak2 la" haha. baik3!
2. da tau sakit kaki, pakai kasut tinggi lagi.. degil xnak pakai flat shoes! dush!

18 November 2009

sox orang sakit~

salam.. *sambil mengigil kesejukan..

sekarangkan musim hujan, lalu penyakit pun datang menimpa2. tapi kugagahkan jari2 ini untuk menaip di laptop ini.. hehe.. so, sekarang yang musim hujannya xberhenti2, lalu hujan menimpaku 2 hari yang lepas.. lalu, pening kepala ku menerjah, selesema dan batuk pun datang berkunjung, lalu demam pun turut mengikutinya.. lantas ku dipaksa makan ubat.. waa..

lalu, badanku mengigil di pagi hari ketika subuh untuk mengambil wuduk untuk solat subuh. air kat tandas sejuk cm kt cameron.. dapat bayangkan x? tapi, apakan daya, aku mahu mengerjakan solat subuh.. gagahkan diri juga..

lantas, ku tertidur selepas solat subuh. mesej2 yang masuk ke handphoneku tidak ku layan. xberdaya untuk membaca dan membalasnya.. akibatnya, semalam aku tidur lebih awal dari biasa! biasanya kol 2 atau 3am.. hehe

dan, selama 3 hari ini jugalah, kaki ku disarung dengan sox orang sakit ini!! hehe. *wane pink. bia ceria sk8. xkan sakit pun nak wane suram en sox? haha. dan selimut pun sampai 2 lapis. wah. apakah itu? shivering with cold! aku juga telah mendapat doktor yang skerela menyuruh aku makan ubat xhabis2 *padahal aku xske makan ubat! waa. tapi doktor itu sangat baik dan risau akan kesihatan pesakitnye, lalu aku pun patuh pada perintah doktor itu! tapi dy hampir ter'emo. aku pun kata, jangan emo! xbaik untuk kesihatan. biar pesakitnya seorang sahaja yang sakit! hehe.


so, malam ini, aku kene tdo awal gak. nak cepat sihat! xpayah makan ubat da. yey. hehe. lgpn sabtu ni nak g jln2. *tiap2 weekend aku g jalan - 1st week-USJ, 2nd week-kajang, 3rd week-johor, 4th week-?? memenuhi jemputan sdare2. hehe.

mar, kuatkan antibodi kamu! buat kamu wahai pembaca, jaga kesihatan elok2, sekarang musim hujan. dan jagalah mulut kamu itu *jangan masin sangat mulut sampai dengan angkuhnya berkata "ala, aku en kuat.. xkan boleh demam kot!" ayat siapakah itu? haha. k, take care~ (^_^)

"sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa" - wah. aku bersyukur kepada-Mu!