YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

28 May 2010

FTC Assistants Training

Salam..

apa khabar semua? hehe. saja mahu tanya khabar!

hm. baru-baru ini, 26 mei 2009 bersamaan hari rabu aku telah dijemput
*ecece. macam dengan segala hormat sahaja. haha* untuk pergi ke "Free Trial Campaign (FTC) Assistants Training" di ibu pejabat Kumon di Damansara, KL.

ok2. ceritanya macam ini, hari selasa
*hari aku bekerja di kumon* Puan Marina sudah pesan pada aku, kak Mimi & kak Ciah untuk terpacak di kumon jam 8.30 pagi keesokan harinya. haha. kakak2 ni sudah mula merengek. yela. pukul 8.30 sudah terpacak! mereka ini ada sindrom bangun lambat sikit. hehe. *sory akak!*

keesokan harinya, aku pun bangun awal. pergi sekali dengan adik2 yang nak pergi sekolah ini. jadi, setelah hantar mereka ke sekolah, aku pergi ke Bandar Seri Putra
*tempat aku kerja; kumon*. 8.15 pagi aku sampai. nampak kak ciah & kak mimi sudah sampai. borak punya borak depan kumon tu, tengok jam sudah pukul 8.30. tapi puan tak sampai lagi. mereka mula mengomel! haha. rupanya puan lambat sebab hujan lebat di Bangi. beliau hantar anaknya sekolah di bangi. *aik, tadi aku hantar tak hujan pula.*

ok. pukul 9 kami bergerak dari Seri Putra. dalam perjalanan, aku dibuli oleh akak2 ni. haha!
*tahula aku lagi muda dari mereka dan mereka 2 lawan 1! x aci!* jadi, kami tiba di Damansara jam 9.45am. lagi 15min program akan bermula. kami mula mendaftarkan diri.

seminar ini dibahagikan kepada 8 kumpulan. kak ciah kump 2, aku kump 5 & kak mimi kump 7. dalam setiap kumpulan tu, assistant datang dari pelbagai centre. aku-Bandar Seri Putra representative. dapat la aku kenal beberapa orang. dari Batu Caves, Bukit Jelutong, Desa Pandan, Sect 4 BBB * owh! centre aku belajar dulu*

seminar ini fully english. ok la. dan aktiviti pertama ialah ice breaking! kene teka gambar apa yang ada di LCD skrin. aku yang kene menggayakan objek tersebut. antara objek2 tersebut - Puma brand, owl, belly dancer * argh! yang ini xboleh bla. aku pas terus! tak sanggup nak buat aksi!*, char kuey, Ralph Lauren brand... banyak la. sudah lupa. hehe

seminar ini menerangkan tentang "assistants' roles & function during FTC", "how to conduct student-orientation", "kumon class flow" and etc. memang sangat best la! dapat banyak pengalaman! di seminar ini juga, aku jadi lebih aktif dari biasa! haha. mana taknya. antara ramai2 assistant kat situ, aku lain sikit! hehe. sebab aku ex-kumon student dan aku math completer! jadi, aku tahu la serba sedikit worksheet math ni. hehe

dan di akhir seminar, ada sedikit group discussion. kami bincang tentang "aim of 5A level", "SCT of level", "number board activities" and "DT video". seminar ini habis jam 12 tengah hari. perut pun sudah berbunyi. puan belanja makan! hehe. *jimat duit aku di tengah2 KL ini. hehe*. hm. cuma kecewa 1 benda je, tak dapat jumpa teacher mahiran! agak sedih juga la.. huhu

(L-R) kak mimi, aku, kak ciah. di depan receptionist HQ Kumon

GROUP 5owh ya! klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang KUMON MATH FTC!

p/s: 1. start bulan jun ni aku kena & perlu kerja 3 hari. bulan mei kerja 2 hari sahaja. ini semua kerana FTC tu..

2. sepanjang perjalanan ke KL, nampak banyak kereta audi, bmw! tahu la kat tengah2 KL!

If you think this post is meaningful for you, please click "Like"

24 May 2010

setahun sudah...

bajet khusyuk la ni? haha. skema pun ada kot!

Salam..


wah. sejak kebelakangan ni rajin betul aku update blog ini. hehe. sudah lawa kan blog ini?


hm. tahu tak hari ini berapa hari bulan? 24 Mei 2010!


Maknanya sudah setahun kita warga tamhidi usim 2009/2010 berkenalan!
Masih segar lagi dalam ingatan anda bagaimana kita mendaftar di DKP 2? beratur panjang untuk menyerahkan borang yang diisi? sambil-sambil itu salam pengenalan dihulurkan.

"tamhidi apa, nama?" tanyaku. "medic-fatin hazwani", "sains tekno- hajar", "law- fahima". begitulah serba ringkas taaruf antara kami

jawabku. "ow. akaun. hm. tak jumpa lagi geng akaun ni.." dalam hati rasa gusar menebal. hanya hasnin sahaja yang menjadi teman ketika itu..

saat mendapat kunci kolej kediaman, lagi risau! takut! siapakah yang bakal menjadi rakan sebilikku? wah! cuak. kemudian, ada seorang perempuan duduk di sebelahku sambil menunggu nombor giliran dipanggil untuk membuat kad matrik. aku pun menghulurkan salam pengenalan. "nama apa? tamhidi?". mudah sahaja pengenalan ini.


"jannah, tamhidi sains teknologi" * masa itu skema lagi, panjang je sebut nama tamhidi. hehe. sekali lagi aku bertanya "no bilik apa?" "b-3-4-1. awak?". balas aku "B-3-4-2. ni mesti sebelah-sebelahkan bilik? hehe" selepas itu aku perkenalkan pula jannah kepada idayu (ari) di sebelah kiri aku yang telah aku kenal sebentar tadi. bilik mereka sama. gembira mereka. aku sekali lagi risau. tak jumpa rakan sebilik!

jadi, setelah selesai proses mendaftar di kampus. kami diarahkan ke kolej kediaman masing-masing untuk meletakkan barang. kolej kediaman bagi pelajar perempuan di camellia court. manakala pelajar lelaki di sutera indah.

ok. setibanya kami disana dengan menaiki kenderaan ibu bapa masing2, aku pun mencari blok B-3.
"aik, mana pula blok B ini?" monolog hatiku. tiba-tiba kakak JAKSA datang membantu aku dan membawa aku ke blok B. "ow. lain rupanya apa yang tulis kat blok dengan kunci ini. apa2 jela.." setibanya aku di B-3-4, aku berjumpa dengan jann! haha. rupanya kami serumah! ** er. jann ingat lagi x kita pinjam apa kt jann 1st day tu? hehe. sweet kot! ** lepas tu kena bertukar! pakai tudung kelabu tu.. xsuka kot! rasa macam nak marah je. tapi stay cool & chill! hehe

seterusnya, kami diarah ke kampus dengan menaiki bas usim. warna ungu tu. haha. ikut sahaja peredaran! dan maknanya aku perlu meninggalkan keluargaku. waaa. sedih kot! dala dalam keadaan kelam-kabut mereka suruh naik bas tu..
ok2. lupakan. tiap minggu aku dapat balik ke rumah! haha. ok. di kampus pula, macam2 aktiviti. ceramah, pergi pavillion *macam orang blur je =_=' *

sumpah setia menjadi warga usim yang setia?

dan yang paling best malam penutup tu. best! ada persembahan dari pelajar2 tamhidi ini. wah! berbakat semua orang. tarian zapin (padey, eman, adira, mayam), main percussion (iman), nasyid (nasrul), jadi MC (muna, syamil, fazlie) dan macam-macam lagi.. haha. malam tu memang pecah perut kot asyik gelak sahaja.


apa2 pun aku nak cerita sedikit macam mana aku kenal G1 ni..

* ratna - masa speaking english placement test. ingat tak kita 1 kump? hehe
* nad & muna - pagi kita beratur nak pergi kampus hari kedua tu. ingat lg?
* adira, arfah, safura, zai, dayah, qila, tkah - kita kenal kat dalam kelas je. pertama kali! maafla. xjumpa korang kat tempat lain. tapi, ada la nampak korang kat DKS masa kita buat writing english placement test.
* fazlie & syamil - nampak mereka masa jadi MC. tu pun xtau dorang ni budak akaun!
* padey, amir, muaz, hansah, irfan, azizi, iftitah, hazwan- langsung xpernah nampak! walaupun dekat DKS english placement test tu.. hehe. kat kelas baru kenal..
* adila, amira, saadiah, saifuddin - ex group 1...

lawatan ke akademi audit negara

explorace!!!!

Alhamdulillah, dengan terhasilnya english placement test tu, kita 21 orang ditakdirkan untuk kelas sama2, rehlah sama, belajar sama, makan sama, buat lawak sama, iftar sama, berlakon sama, buat assignment sama, gaduh sama, kongsi masalah sama, pergi library sama, lawatan sama, main2 sama, lantik class rep sama, aaaa.. rasanya tak terdaya kot untuk aku menyenaraikan kesemuanya disini. apa2 pun, semua itu kenangan terindah!

"THANKS FOR THE MEMORIES!"
SETAHUN SUDAH....


*setahun sudah, kita pun bakal dan sudah menginjak ke 19.. biarlah umur seiring dengan kematangan! *uhu. ayat sape tu?
*tadi call pusat tamhidi, result keluar awal bulan jun. tapi xpasti lagi tarikh sebab masih dalam meeting...

If you think this post is meaningful for you, please click "Like"

23 May 2010

novel mania!

Salam...

hehe. ni namanya sudah tak ada kerja! yeah! sejak cuti sebulan ni, aku banyak baca novel. ni semua gara2 kemas bilik lepas tu nampak novel adik yg sangat banyak dalam wardrobenya! katanya dia kena sorok novel-novel tu, kalau tak dia akan mula membacanya dan buku SPM diabaikan! haha.


so, dalam banyak2 koleksi dia, jemari seni yang terbaru punya. alaf 21 sudah lapuk! sudah pernah baca! hehe. memang best juga la novel2 JS ni. i like! hehe. sebab ending novel2 JS ni tak sama macam novel2 lain. dan tak sangka endingnya sebegitu! kira macam unexpected la.


ok. gambar2 kat bawah ni novel yang aku sudah habiskan baca..

sinopsis: klik sini

komen: ok la. pertama kali baca novel JS.sebenarnya sudah lupa sikit jalan cerita ni. so, xboleh nak komen banyak2. hehe

sinopsis: klik sini

komen: best sangaaaatttt!! memang islamik la novel ni. resort yang islamik! korang pernah pergi ke? atau ada ke kt malaysia resort macam itu? hehe. raudhah is a nice girl! hm. boleh ke aku jadi macam dia? hehe. tebal pun sangat puas!


sinopsis: klik sini

komen: nice story! campus life! memang macam tula bila nak buat assignment! hehe. dan paling menarik, semua kebetulan dhiya + azril tu sangat best! dhiya student mak azril. hm. kalaula jadi kat aku macam tu. hehe.

sinopsis: klik sini

komen: cerita yang best juga! tahu la juga serba-serbi kehidupan tentera laut ni.. terasa macam ada kt Lumut pun ada juga! hehe. long-distance relationship + loyal!

sinopsis: klik sini

komen: pertama kali baca novel hlovate! nice! tak tau la pula penulisannya sangat menarik! ana + along = kelakar la.. masing2 ego! dan ending story yang menarik! bahasa pun sempoi je. aci redah? haha. baca sekali novel hlovate ni rasa macam nak baca novel dia yang lain.

sinopsis: klik sini

komen: novel kedua hlovate. tak habis baca lagi. hehe. cerita zaman sekolah..

so, lepas baca beberapa novel JS ni rasa macam nak tambah lagi koleksi novel JS ni. hehe. da belek2 web js tadi. rasa macam nak beli novel sweet sour, rooftop rant, bidadari hujan, bintang2 ke syurga... nak beli kat office JS kat bangi! dapat diskaun banyak! hehe.

P/s: 1. hm. siapa pernah baca novel2 JS? any recommendation? atau siapa ada nak pinjamkan aku novel? hehe.


2. team debate english usim kat arau tak dapat mara ke semi-final. tak apa la. korang sudah cuba yang terbaik! cuma nak tunggu cerita korang je. hehe. hah. tula, sebab kita 1 team x gerak sama2. so, aura kemenangan tu tak ada! hehe

3. ok. nak pergi siapkan makan petang! hehe

20 May 2010

Ilmu & Amal...


Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
العلم علمان : فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم

"Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam." - [Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib]

P/s: astaghfirullah.. terasa seperti aku masih cetek dengan ilmu. dan hanya pandai berkata-kata shaja.. ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..

19 May 2010

new lOOk!!

Salam..

i've wearing my blog with new clothes! hehe.. enjoy it!


ske sgt ngn template ni.. nway, any comment bout this new interesting look?


p/s: sabar j la... aku bukan nak gelabah bila tanya pasal sesuatu itu. untuk memastikan plan week aku macam mana. so, kelmarin aku da tanya dia tp dia kata relaksla dulu. ok, aku relaks. dia akan beritahu keputusannye selasa (semalam)... tp, punya la aku tunggu sampai pukul 12 semalam. tp, zero response! ok. tawaran sudah ditutup, tiada rayuan akan dilayan! BYE~

18 May 2010

i deserved this!!

Salam..

firstly, tanx a lot to aini for this award.. 1st time kot dpt! hehe



I. Thank and link the person that give you the award
ow. already thank her. aini. this is her blog

II. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
hm.. any1 who had read this, if u think u r included 1, take this award! "maybe" you deserve this! hehe

III. Contact said blogs and let them know they've won the award
haha. korg memang da lalu sini...

IV. State 7 things about yourself
hm.. lemme think for a while!
ok2. already got!


1. a good driver! haha. of cz la.. tak pernah langgar mana2 kereta lagi. dan xmau! hoho




2. a loyal friend! yeah. bila aku da kawan ngn seseorang tu, aku akan setia. tapi, kalu org tu tak setia, payah la cmtu.. i will not call her/him, a friend anymore! huhu



3. an obedient daughter! of cz la.. mane boleh jadi anak derhaka.. patuh je segala arahan parents.. hehe



4. a hard-working-sometimes-lazy sister! hehe. rajin la juga.. cuti 2 bulan ni rajin buat housechores. ala. bukan setakat cuti je. balik rumah weekend rajin gak. hehe. sometimes lazy meaning ble ad yg paksa aku wt sesuatu yg aku xsuka! hehe



5. a non-procrastinate person! yeah. aku xsuka tangguh2 kerja. bila tangguh tu, mula la nanti ad kerja2 tiba2 kene wt. so, yg kerja lama tu ditinggalkan.. last2 ble da smpai due date gelabah buat.. so, i'm not the 1. ble dapat kerja je terus buat!



6. a perfectionist person! haha. kadang2 ada orang kate kerja ngn perfectionist ni susah. yela. untuk memastikan kerja kita tu lengkap dan dapat diterima oleh semua orang, mestila kena sempurna kerja2 itu! teliti mana yang perlu. bila kerja kita sempurna, semua orang suka. lebih2 lagi majikan kita. dan ia akan menjadi "first impression" yang bagus!



7. a good SMS-typist! hah! yang ini yang penting sekali. aku punya singkatan SMS xd la teruk sgt sampai orang lain xfaham. kadang2 xterbaca oleh aku. habis hilang semua vokal. dan kadang2 menambahkan lg konsonan. cth: aper @ apeww (apa)/ kew (ke)/ nyh (ini)/ owng (orang)/ bwat (buat)... aduh. naik pening aku baca mesej2 mcm ni. macam mana la nak terjemahkan.. kalau pelik2 sangat pun aku punya singkatan mcm dy (dia) / tym (time)/ ad (ada)/ wt (buat).. hehe. any comment who had received sms from me before this?

**ok2. nak pergi sidai baju! nak jadi obedient daughter! hehe

14 May 2010

totally..... ??

Salam..
>> hm. semalam aku da mula kerja. kerja sebagai cikgu math+english kt kumon. nway, semalam buat OT dulu. students xd lg.. semalam just packing2 worksheet utk students. not bad la. sekurang2nya aku tau mcm mana teacher2 kt kumon sect 4 bekerja! hehe. then, baru bekerja 1st day, my bos da mula offer aku pergi seminar kt HQ kumon 2minggu lagi. wah! rasa teruja~ hehe.
>> semalam buat OT pukul 12-3pm. haha. balik pun da rasa penat! pe daa.. malam pun tdo awal, biasanya bleh stay up smpai pukul 12 atau 1pagi. akhirnya, pukul 10.30 sudah tidur! hehe.
>> ok la, hari ini aku kerja dr pukul 4pm-10pm. yeah. kumpulkan tenaga anda, mar! haha. x pernah2 kerja malam. hm. tula nak sangat kerja. ambik la! huhu.. sudah2. jangan menyesal x berlagu.. hehe.
>> task aku: kene ajar budak2 yg study math level H and above. disebabkan aku completer math kumon, so, my bos take the advantage la ajar budak2 ni. hehe. tp, kira ok la. boleh asah balik minda aku yang sudah berhenti mengira2 ni sejak habis exam baru2 ini. hehe.
>> selain itu, kerja aku kene menanda worksheet budak2 ni. so, kene la bawa balik file dorang utk ditanda kat rumah. even, aku buat kerja kt rumah, jangan main2 aku dapat gaji gak! haha. sebab kerja aku hour-based. so, whatever i do related to kumon work, it will be included in my salary! hehe.
>> ok la, nak lunch. then siap2 g kerja. tp, 1 je sedih hari ini, xdpat tengok final badminton! msia vs china. chong wei vs lin dan~ ow. my hero! gudluck msia! hehe. never mind, esok g putrajaya ngn kawan2 g8.. wuuu~ da lame x outing ngn korg! caya la...
>> p/s: working at kumon and worked as clerk at Al-amin, bangi are part of my working experience. so, what i'm waiting for? fill in the Maxis scholarship in work experience column with these experiences! daa~

12 May 2010

Bila Bumi Memberi Peringatan...


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Wallahua'lam.
..

11 May 2010

mozilla firefox vs internet explorer 8

Salam.

Keliru keliru keliru..


Baru ni, aku ada main2 ngn mozilla browser ni. then, bajet nak betulkan settings la. tekan la right click, klikla "edit .....". xingat apa benda tekan. lepas tu, tiba2 tempat yang nak tulis URL and panel file, view etc kt atas tu hilang. aik. cne boleh jadi cmni?


tekan la balik right click tu. aik, xd la plak cm tadi.. waa.. cne ni.... bengang2. tula gatal sgt tangan main settings2 ni. dala x terror mane pun IT ni. intermediate je. hehe


lepas tu, aku ingat kene install balik mozilla ni. uninstall mozilla lama then install yang baru. waaa.. sama je. xd pape perubahan.. kenapa cmni? can anyone help me? xbest la surfing internet cmni.


tengok. nak tekan button "back", "refresh", tulis "URL" pn xboleh.. kalu aku nak surf pun, aku kene tekan kt tab "most visited" ataupun kene g google then search la website mana aku nak gi. tp. xbest jgak. aku dala suka copy link2 ni nak suruh siapa2 tgk ape yg aku tengok.. tp.. xdpt.. pastu, kalu nak tekan button refresh kene tekan "ctrl+R". wah! banyak songeh nak tekan2 ni...


lepas tu, aku tetibe teringat nak install IE 8 yang latest ni. peh. lame gak nak install dia. lg lame dr install mozilla. aduh. tunggu punya tunggu, install jgak.


so, bila da guna IE ni, 1 je kelemahannye. aku ni jenis yang suka bukak tab banyak2. yg IE ni, lambat sikit bagi respon bila aku suruh "open in new tab" ... aaa.. xbest2. aku xsuka buka window banyak2 kt bawah tu. nanti lambat laptop ni operate..


then, i took a decision to use mozilla until the end. ecece. sbb mozilla j yang faham aku nak buka tab banyak2. hehe.


but, can anybody help me how want to fix this problem? i want to surf internet easily. such a messy if i want to open google each time i want to open new website..


hurry up!! i will treat u 4pcs sweets=20cents! hehe





09 May 2010

7 days in a week!

SALAM...

wah.. walaupun baru 2 minggu kami, students TAC berpisah tapi rasa macam da 2 bulan! waaa.. rindu bangat sama kamu semua lebih2 lagi grup 1! huhu.. rindu 24/7! bleh x? huhu

anyway, post kali ni nak describe jadual kelas g1 yg sgt best tym sem 2 ni!

M
arvellous Monday

why i said so? sbb 1st kelas pagi tu, kelas english ms afzan! i like it.. nak tau x? sjak blaja english kt univ ni, aku makin sayang sgt2 kt english sebab more to practical such as interview, dialogue, product presentation... best3! lg2 dapat tengok balik video yg record tu.. huhu. and, 1 more, i have more confidence to speak, write n etc in english.. huhu. credits to ms Afzan.. dan lagi 1 la, kalu korang perasan, aku suka pakai baju warna biru hari isnin. hehe. yeah. for calming.. tenang sgt even hr isnin hari yang sangat susah nak dapat bas.. kalu nak pun, kena keluar awal.. ok2. lupakan pasal bas, aku suka jgak hr isnin sebab kelas habis kol 1.. sangat la best.. hehe. lecture akaun pn pagi.. lecture statistic xlupa.. ok la. 1 jam. tp kadang2 madam rush sgt.. xbest.. then, tutorial business plak.. not bad la.. xd kelas pun. madam bg masa utk bincang pasal biz sale nanti.. gne je la masa yang ad kn..


T
wirling Tuesday

haha. yeah! berputar2! yela.. mana tak nye.. lecture business 3 jam. yang xboleh bla nya, aku kena mengadap j skrin layar kt DKS tu.. penat ow. dala buku biz tu, words j bnyk. nasib berwarna.. kalu tak, pengsan da kot! haha. tp, nasib take 10! kalu lecture lain, take 5! hehe. mdm pun faham ktorg cne.. nasib silibus x ada muamalat. kalu x, pecah da kot kepala. haha. ok. lepas tu, tutorial macro plak. hah. yang ni memang xtahan! dala otak da tepu 3 jam lecture biz td, ni kena sumbatkan pula dengan macro. ada skali tu, aku xtahan da mata ni, ngantok.. skali tu, puan tengah terangkan pasal policy ni. aduh, memang xdpt tangkap la. tp, bukan aku sorang j, ramai gak yg hampir syahid. hehe. bdk dean list pun bleh ngantok time tu! ble disergah puan, tros segar! haha. ingat x?


W
heezing Wednesday

ow. hari rabu! memang sangat termengah2! ok. pagi2, lecture macro. 3 jam! actly, 2 jam setengah j cz puan bg masuk lmbt 8.30am utk breakfast.. kadang2, ada yang x breakfast tu, ad yang tanya soalan "pelik2" kt puan. haha. kenal x siapa? lepas tu, kelas arab ust sanusi. wah. yang ni lagi xle bla. semua orang lemah longlai j nak g BTS 2.9 after hbs lecture. haha. btol x? sape setuju? angkat tangan! hehe. yela.. sume da siap sedia nak landing kepala atas meja. tp aku terkecuali la. haha. duduk depan, mesti la kene steady! wakaka. padahal pernah je tersenguk2 kat depan tu, then, bila ust terangkan nahu aku terconteng buku. yela. letak kepala atas meja, tangan pegang pensel bajet la tulis. tp terconteng. tidur. hehe. ok. yang ni la maksud aku termengah2. lepas kelas arab, direct kelas english sir raimi. padahal kol 1 ialah waktu rehat, tp bagi grup 1, kami belajar.. waa.. lapar3! memang tahan j la prot tu. kdg2, cilok gak makan biskut bila sir tengah tulis kat papan. haha. lapar! then, english yang ni banyak test. nway, nasib sir banyak experience kerja. so, dy pun banyak la cerita pasal kerja dy yang pelbagai tu... best wo..


T
errible Thursday

ok. walaupun terrible, tapi nasib baik kelas hr khamis start pukul 9. so, bleh bangun lambat sikit. hehe. kantoi! yela. mana x nye, hr lain kelas start pukul 8. kene bangun awal! xbest. hehe. anyway, bangun lambat pun sebab nak simpan energy utk kelas yg habis pukul 8malam hr ni! hah. pukul 8! jgn x cye! ok2. abaikan. nanti aku cerita. pagi2, tutorial akaun. so, not bad la. ok je. siapa datang awal, bleh tengok internet. hehe. ye la. kelas kt MSC01. lab komp. so, dapat la tengok jp internet. lepas tu, kene berkejar plak ke FSU untuk lecture statistik. kadang2 kalu kelas habis lambat, doa start belajar tengah dibacakan.. so, ktorg yang lewat ni, aminkan j la.. huhu. then, lecture akaun plak. memang agak segar sket la.. yela.. lepas lunch and solat la katakan.. da dpt tenaga sket. nothing much to story, memang best la lecture akaun, lebih2 lg bila kte da study b4 masuk lecture. memang akan faham! then, kol 4 plak, tutorial statistik.. tp. jarang la ktorg ad statistik ni. cz kadang2 mdm wt awal ataupun sem 2 kali ni cuti awam banyak hari khamis.. hehe. then, kol 6-8pm rehat jp. rehat? ye.. rehat.. kol 8 ad kelas arab ustazah nor.. tp, disebabkan dpt banyak sgt rungutan budak2 ni, minggu ke berapa entah, tukar waktu kelas. kol 6.30-7.45pm. wah. memang berkejar la solat asar ngn maghrib. yela. statistik hbs kol 6, solat asar, kelas, mgrb, kejar bas! haha.. pastu, makan same2 kt SAT. itu yg best moment tu. makan sama2. so, disebabkan esok xd kelas, ktorg ske lepak lame2 kt sat. haha. smpai sat kol 9pm, gerak ke camelia kol 10.15 cm tu. aduh.. dala perempuan. jalan malam2 plak tu. tp xpe.. jalan ramai2. hehe. balik bilik j, tros solat n tidur! xwt pape ulangkaji pun.. hehe


F
reaky Friday

haha. nape freaky? sebab, grup 1 lgsg xd kelas hr ni! yeay! sape rumah dekat bleh balik. hehe. jangan jeles. tp, kadang2, ad jgak lecturer yang nak buat kelas ganti hr ni. so, hasrat untuk balik awal tu terpaksa dilupakan.. hehe.


ok la.. da penat menulis ni.. mane tak nye.. bersambung2 tulis ni. baru hr ni habiskan tulis.. penat.. hehe.. ok. g1 sume, ad masa lg, kte jumpa nanti ya!
macam2 ragam kte kan? hehe. tanx for the memories!

05 May 2010

Tamhidi Experience

Salam.

Long time no write at this space! Hehe. Yeah, I am only copying from my favourite site for my own previous posts. Anyway, as I have very much free time for now, I would like to type for my own. Yeah! Tiredly type.

So, as usual, when I visit my blog, firstly, I will click for Feedjit. Look up for my loyal visitors, the new seekers for 'tidbits' in my blog. Hehe. FYI, recently, what makes me feel amazing and interesting are many visitors googling at google by searching for "pengalaman tamhidi, tamhidi akaun& muamalat, usim& matrikulasi." So, these are the proves!

pengalaman tamhidi




**ahai. ad jgak yg mencari 2 insan ni. hehe

Did you know that, UPU result for SPM 2009 leavers just announced last week? So, maybe, they are trying to find what is tamhidi akaun & muamalat all about! and suddenly my blog appeared out at google for their resources! How proud I am! Hehe. As what I can recall when I got the offer from USIM, I did not make any research about USIM. Just pretend to be "redha" with this faith. Hoho.

So, for those who succesfully gained any offer from IPTA/IPTS, I'm wishing you best of luck! Campus life is very interesting! Trust me. You can become an independent learner. For future USIM's students, lecturers at Tamhidi are very sporting. They can help you a lot as long as you help yourself! Don't be sarcastic. To become a bright student, you must 'shine' among others; don't shy to ask, complete tutorial on time, read first before lecture start.


Campus life is totally different with schools. At school, you can depends only on your text books, latih tubi exercise for exam. While, for me, that have experienceS at Tamhidi, sat for exam are menat for studying for whole week without any distruptions; watching movies at laptop, messaging, and what is most important- have your meal at instant ( i don't mean hv maggi. hehe)

Ok la. I don't want to story anymore for my experience. Have and enjoy your campus life soon! It was very interesting! Trust me.. Ow ya! For those who searching for my Tamhidi experience, you can browse at right bottom for my previous posts from May 09-April 10. Bye. Wassalam. Have a nice day!

02 May 2010

Mata oh Mata


Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAK mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home

SISTERS, WE NEED COMPLEMENTARY ACTIONS.

Artikel ini dicopy dari: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2481